Tuesday, April 01, 2014
2
MH370: Kewujudan Konspirasi Pesawat Dalam Filem Hollywood | Semakin banyak teori² konspirasi dan spekulasi yang timbul mengenai insiden MH370. Apa-apa pun, ini semua hanyalah mainan minda pemikiran manusia. Terpulanglah sama ada hendak percaya ataupun tidak. Sama-sama kita nilaikan pendedahan di bawah.

Baru-baru ini, timbul pula dakwaan yang menggatakan kehilangan pesawat MH370 telah dinyatakan lebih awal dalam filem blockbuster Hollywood, Man of Steel.


Salah satu babak dalam filem Man of Steel, memaparkan nombor 370 secara jelas di atas sebuah kenderaan panjang (kalau tak silap bas atau kontena).

Jika dilihat dengan teliti, tertulisnya:

M.I.A 6 - 370

Apa maksudnya? Adakah maksudnya seperti di bawah ini?

MIA = Missing In Action
MIA = Malaysia International Airport

Manakala nombor 6 jika dikira secara abjad adalah sama kedudukan dengan huruf F yang membawa maksud kepada Flight.

6 = F (Flight)

Tetapi menurut pakar matematik yang tidak tahu sama ada dia bertauliah ataupun tidak, mengikut kiraannya, CIA terlibat dalam perancangan menghilangkan pesawat MH370 seperti berikut :


Okay, itu pendedahan yang pertama. Yang kedua pula, dalam filem tersebut, superman ada menyebut Lautan Hindi.
"If I don't stop that machine over the Indian Ocean"
Kebetulan?

24 Mac lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Pengumuman ini dibuat berdasarkan data-data kukuh yang diberikan oleh INMARSAT.

Pelik kan?

Salah satu babak dalam filem Mission Impossible III 2006 juga ada memaparkan logo Malaysia Airlines secara horizontal dalam keadaan yang musnah akibat letupan di China.


Logo yang sama juga muncul di filem Transformers - Revenge of the Fallen pada tahun 2009 juga di China.

Kebetulan kah ini? Dirancang sejak 2006 ??

Anda nilaikanlah sendiri.. tak perlu percaya, cukuplah sekadar membaca info untuk hari ini.

Sumber : My Media Hub Online

2 comments:

  1. Bg sy ini adalah petunjuk dr Allah SWT. Tiada istilah kebetulan dalam hidup kerana setiap yang berlaku telah ditentukan oleh Allah. Mungkin pihak yang terlibat di dalam film tu pun x perasan dgn apa yang mereka paparkan.

    ReplyDelete
  2. For me ...one word... ILUMINATI .............. google and check for yourself .... its not coincident .... but it was set up ...... it happend in WTC ......... where all the signs shown even 5 years before the incident ........

    ReplyDelete