INFO: Nama Lain Khinzir Dalam Pelbagai Jenis Produk

INFO: Nama Lain Khinzir Dalam Pelbagai Jenis Produk | Dalam lambakkan pelbagai jenis makanan dalam kehidupan seharian, kita terkadang keliru atau was-was dengan bahan atau kandungan yang digunakan dalam sesuatu produk makanan mahupun produk kegunaan luaran seperti alat solek, perubatan dan sebagainya.

Kali ini admin nak kongsikan pada anda, nama-nama lain khinzir aka babi dalam sesuatu produk. Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan, Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi.

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahawa label label yang bertulis ‘This product contain substance from porcine". Sebenarnya bermaksud "Produk ini mengandungi bahan daripada Babi". Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah ‘The source of gelatin capsule is porcine’ yang bermaksud "Kapsul dari gelatin Babi".

So hati-hati dalam meneliti atau memilih sesuatu produk.


Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur Babi :-

1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging Babi di dalam masakan. (Biasa dengar kan?)

2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis Babi.

3. Hog: Istilah untuk Babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar: Babi ini biasanya ditangkap dalam hutan, iaitu boleh dinamakan Babi liar.

5. Lard: Lemak Babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk Babi. So hati-hati jangan sampai terpilih bacon babi

7. Ham:  Daging pada bahagian paha Babi

8. Sow: Istilah untuk Babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk: Kumpulun tenusu dan biasanya daripada Susu Babi.

10.Pig: Istilah umum untuk seekor Babi atau sebenarnya bermaksud Babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada Babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada Babi.

Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati. Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Dan ini gambar yang menunjukkan bahagian-bahagian babi yang digunakan untuk pelbagai jenis produk:-


Tolong “SHARE” untuk pengetahuan bersama.

INFO: Nama Lain Khinzir Dalam Pelbagai Jenis Produk INFO: Nama Lain Khinzir Dalam Pelbagai Jenis Produk Reviewed by Unknown on Friday, April 18, 2014 Rating: 5

No comments