ARTIS: Hanez Suraya Redha Jika Romie Pilih Rujuk Isteri

ARTIS: Hanez Suraya Redha Jika Romie Pilih Rujuk Isteri | Keengganan Hanez Suraya memohon maaf kepada isteri teman lelakinya, Liyana Manan sebelum ini menyebabkan pelakon itu dikecam hebat orang ramai di laman sosial termasuk akhbar-akhbar tempatan.


Lebih memburukkan keadaan, Hanez cuba bertindak kurang bijak apabila mengugut untuk menyaman Liyana kerana telah memalukan dirinya kepada umum jika gagal memohon maaf.

Bagaimanapun, menyedari sokongan orang ramai terhadap nasib yang menimpa Liyana Manan termasuk beberapa rakan artis, ini mungkin sedikit sebanyak memaksa Hanez untuk mengambil pendirian memohon maaf dan bersemuka secara berdepan dengan Liyana.

Sememangnya satu perkembangan baik buat bekas kekasih Awi Rafael itu namun ramai peminat mendakwa ianya sudah terlambat. Apapun, jika Hanez benar-benar ikhlas dengan permohonan maaf serta mengundur diri, mungkin reputasinya boleh dipulihkan.








ARTIS: Hanez Suraya Redha Jika Romie Pilih Rujuk Isteri ARTIS: Hanez Suraya Redha Jika Romie Pilih Rujuk Isteri Reviewed by Unknown on Saturday, April 05, 2014 Rating: 5

No comments