ARTIS: Awi Rafael Gembira Tinggalkan Hanez Suraya

ARTIS: Awi Rafael Gembira Tinggalkan Hanez Suraya  | Penyanyi yang berasal dari Singapore, Awi Rafael yang pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Hanez Suraya enggan mengambil peduli tentang kontroversi hangat yang sedang melanda bekas kekasihnya itu.


Menurut pemilik nama sebenar Muhamad Nabawi Gunawan ini, selepas berpisah dia tidak pernah lagi menghubungi Hanez biarpun hanya sekadar kawan.

“Saya sudah tak ada kena mengena lagi dengan Hanez. Apa yang berlaku pada dia tiada kaitan lagi dengan saya. Tetapi sebagai manusia, kita doakan saja yang terbaik untuk dia. Kalau saya sendiri yang berdepan dengan kontroversi sebegitu, saya juga akan sedih,” kata Awi menegaskan dia bersyukur mengikut kata hatinya untuk memutuskan hubungan dengan Hanez.

“Banyak yang saya belajar selepas berpisah dengan Hanez. Antaranya, saya belajar untuk percaya dan mendengar kata hati saya. Saya rasa saya tak boleh teruskan hubungan dengan dia dan saya gembira saya mengikut gerak hati saya,” katanya.

Dalam masa yang sama, Awi turut menepis dakwaan yang mengatakan lagu kolaborasinya dengan Altimet berjudul ‘Kalau Aku Kaya’ ditujukan kepada Hanez.

“Lagu itu tak ditujukan kepada sesiapa. Ia merupakan sebuah lagu masyarakat. Lagipun ia ditulis oleh Omar K dan Audi Mok. Mungkin kerana saya seorang penulis, orang selalu salah anggap lagu yang saya tulis ditujukan kepada seseorang,” jelasnya.

ARTIS: Awi Rafael Gembira Tinggalkan Hanez Suraya ARTIS: Awi Rafael Gembira Tinggalkan Hanez Suraya Reviewed by Unknown on Thursday, April 03, 2014 Rating: 5

No comments