[ARTIS] Hanez Suraya Akui Hilang Peminat

Monday March 10, 2014


[RETIS] Hanez Suraya Akui Hilang Peminat | Walaupun pelakon Hanez Suraya telah melakukan sidang media berikut kesnya yang dikatakan perampas kerana bercinta dengan suami orang, Hanez akui tetap gagal mendapat sokongan daripada masyarakat terutama daripada peminatnya.




Pelakon cantik itu berkata berikutan kes itu telah menjejaskan nama baiknya malah peminatnya kelihatan semakin berkurang. Hanez dilihat turut diboikot sehingga wujudnya page di Facebook iaitu Kami Boikot Hanez Suraya. BACA SINI

“Peminat saya kini hanya tinggal dua peratus sahaja,” kata pelakon, Hanez Suraya, mengenai penerimaan masyarakat kini terhadap dirinya ekoran kontroversi yang melanda.



“Sedih, namun saya terima apa sahaja cemuhan, kutukan dan cercaan daripada mereka. Saya tidak berdaya nak tutup mulut orang, biarkanlah apa sahaja orang nak kata.

“Saya buat sidang media untuk memberi penjelasan, namun saya tidak menolak sekiranya ada yang kurang pemahaman dalam penjelasan saya itu.

“Bagi orang yang kenal saya, mereka lebih tahu siapa saya. Tapi, bagi yang tak tahu, mereka akan terus menerus menuduh saya dan memandang saya dari sudut negatif sahaja.

“Namun, dari hujung rambut hingga hujung kaki, saya maafkan mereka,” katanya yang mengetahui siapa dalang di sebalik permasalahan ini.


Antara Permata & Kaca... Hehe


Menurut Hanez, masyarakat terlalu cepat menjatuhkan hukuman terhadap dirinya sehingga menuduhnya merampas dan memfitnah tanpa menilai cerita sebenar.


[ARTIS] Hanez Suraya Akui Hilang Peminat [ARTIS] Hanez Suraya Akui Hilang Peminat Reviewed by Unknown on Monday, March 10, 2014 Rating: 5

3 comments