Ahli Perniagaan Perempuan Di Simen (6 Gambar)

NGERI : Ahli Perniagaan Perempuan Di Simen | Port Dickson: Penahanan enam suspek berhubung kes samun dan bunuh di Cheras baru-baru ini membawa kepada penemuan mayat seorang ahli perniagaan yang dibunuh dan mayatnya disimen dalam tong, petang tadi.

Difahamkan, penemuan itu berikutan hasil soal siasat yang dijalankan sebelum dua daripada enam suspek terbabit mengaku membunuh ahli perniagaan itu. 




Sumber polis berkata, dua suspek terbabit kemudian dibawa polis ke Bukit Pelandok, Lukut, iaitu lokasi mayat itu ditanam, kira-kira 6 petang. 

"Pemeriksaan forensik menemui tong berisi simen yang dicampak di tepi jalan ke Bukit Pelandok itu.

"Difahamkan, mangsa dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras tiga bulan lalu," katanya.

Mangsa dipercayai ditembak sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam tong dan disimen kemudian ditanam di lokasi kejadian. -Harian Metro

Sumber Gambar: JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA melalui Facebook rasmi mereka berkongsi bagaimana proses memecahkan simen untuk mengeluarkan mayat seperti dibawah:








Ahli Perniagaan Perempuan Di Simen (6 Gambar) Ahli Perniagaan Perempuan Di Simen (6 Gambar) Reviewed by Unknown on Friday, March 21, 2014 Rating: 5

No comments