MH370: Gurauan Kapten Zaharie Ahmad Shah Jadi Kenyataan

MH370: Gurauan Kapten Zaharie Ahmad Shah Jadi Kenyataan | KUALA LUMPUR  - Gurauan juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah kepada kenalan rapatnya bahawa rakannya itu tidak akan menjumpai pusara Zaharie merupakan satu petanda yang beliau akan pergi buat selama-lamanya.

Menurut laporan Bernama, Mohaza Mohaza, yang dipercayai kenalan rapat kepada Zaharie berkata, dia tidak menyangka bahawa gurauan daripada juruterbang itu pada Hari Raya Aidilfitri lalu di Tanah Perkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang merupakan satu kiasan untuk pergi meninggalkan semua.


“Zaharie memberitahu saya (secara gurauan) yang saya tidak akan jumpa kubur atau pusaranya. Inilah rupa maksudnya. Baru saya mengerti. Pusaranya di Lautan Hindi.


“Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri setinggi-tinggi rahmat ke atas rohnya dan juga muslimin muslimat pesawat MH370 kesemuanya serta ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan MH370 yang hilang daripada radar sejak 8 Mac berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi di kawasan barat Perth, Australia.

Sementara itu, anak kepada Zaharie, Ahmad Idris Zaharie turut berkongsi rasa terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat dari sahabat serta kenalan bapanya.
Di laman Facebook ‘Friends of Captain Zaharie MH370′, Ahmad Idris menulis “Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah.”

MH370: Gurauan Kapten Zaharie Ahmad Shah Jadi Kenyataan MH370: Gurauan Kapten Zaharie Ahmad Shah Jadi Kenyataan Reviewed by Unknown on Wednesday, March 26, 2014 Rating: 5

No comments