Thursday, March 20, 2014

SPM : Anak Ketua Pramugara MH370 Ambil Keputusan SPM Tanpa Ayah | Semua orang tahu, hari ini adalah hari keluarnya keputusan SPM 2013. Dan pasti semua tahu atau pernah melihat twitt daripada anak perempuan ketua pramugara MH370, Andrew Nari sebelum ini.




Anaknya bernama Maira Elizabeth Nari yang juga salah seorang calon yang mengambil keputusan peperiksaannya, tetapi impian dia untuk mengambil result tersebut bersama ayahnya, tidak tercapai.

Lagi menyedihkan apabila beliau membuat status yang menyentuh hati orang yang membacanya. Semalam dia telah meluahkan perasaannya agar harapan semoga ayahnya dapat kembali ke pangkuan keluarganya dah dapat berkongsi keputusan tersebut.




Seperti calon-calon SPM lain, pasti akan gembira jika memperoleh keputusan yang baik, begitu juga dengan Maira apabila memberitahu resultnya baik, tetapi dengan perasaan yang dukacita.





0 comments:

Post a Comment