[ARTIS] Rebecca Nur Islam Jual Baju Seksinya
Rebecca Nur Islam Jual Baju Seksinya | Hidayah Allah cukup mudah. Siapa sangka, dulu dia dikenali dengan imej yang agak seksi dan daring kini sudahpun berhijrah kepada imej baru yang lebih sopan dan berhijab sekembalinya daripada mengerjakan umrah baru-baru ini.
Seindah namanya Rabecca Nur Al-Islam kini dilihat mula menbuang imej lama dengan sepenuhnya dengan menjual baju-baju seksinya dahulu di laman sosial malah ada juga diantaranya yang hanya diberikan secara percuma.
Menurut Rabecca, tindakannya itu adalah kerana dia tidak mungkin akan memakainya lagi di masa akan datang malah mengakui tiada koleksi pakaian yang menutup aurat kerana dipenuhi dengan pakaian yang seksi di dalam almarinya.
“Jadi, setelah fikir masak-masak, saya membuat keputusan untuk menjual kesemua koleksi itu kepada orang ramai dan turut menguar-uarkannya menerusi laman sosial.
“Sesiapa yang mahukan baju saya mahupun peminat, bolehlah berurusan dengan pembantu peribadi saya,” katanya yang kini telah mengosongkan kesemua almari pakaiannya.
“Untuk pakaian yang bernilai RM700 ke bawah, saya hanya beri percuma sahaja kerana niat saya juga adalah untuk bersedekah.
“Namun, bagi koleksi yang mencecah ribuan ringgit serta direka khas pereka terkenal, saya akan jual dengan potongan harga sehingga 70 peratus,” jelas Rabecca.
Tambah ibu kepada tiga cahaya mata ini, suaminya agak terkejut dengan penghijrahannya kerana dia tidak pernah merancang untuk terus memakai tudung selepas kembalinya dari Mekah. Namun, Rabecca bersyukur kerana perubahan drastik itu disokong kuat oleh suami dan keluarganya.
“Kami tiba di Kuala Lumpur pada malam Isnin lalu setelah 12 hari di sana (Makkah). Pagi Selasa, saya bersiap untuk menemui seseorang.
“Namun, hati saya tidak berpuas hati dengan penampilan ketika itu lalu saya menunaikan solat Zohor sebelum keluar rumah. Selepas itu, saya cuba mengenakan tudung, barulah lega.
“Ketika itu, saya tidak memiliki pin. Saya minta daripada pembantu rumah, dia berikan pin lain kerana dia sendiri tak sangka saya mahu pin tudung,” katanya yang meminjam pin daripada ibu yang ketika itu berada di rumahnya.
P/s ; Elok bakar jer baju-baju tu, nanti orang lain pakai untuk berdosa juga..Adehh...
[ARTIS] Rebecca Nur Islam Jual Baju Seksinya
Reviewed by Unknown
on
Tuesday, March 18, 2014
Rating:
No comments