Saturday, March 02, 2013
Bateri Telefon Bimbit Tahan 15 Tahun (5 Gambar)



Tidak dapat membuat panggilan kecemasan kerana telefon pintar anda kehabisan bateri? Jangan bimbang, Xpal ada penyelesaiannya.

Telefon bimbit baharu firma berkenaan, SpareOne Plus boleh bertahan sekitar 15 tahun menggunakan hanya sebiji bateri bersaiz AA.

Gajet tersebut turut didatangkan dengan pek kalis air supaya anda dapat menyimpannya untuk kegunaan kecemasan bagi dekad akan datang.

"Ini bermakna saya boleh mematikan telefon ini dan menyimpannya di dalam laci atau kompartmen kereta contohnya, se lama 15 tahun dan jika saya di timpa kecemasan dan perlu membuat panggilan, gajet ini sentiasa boleh digunakan," kata pengarah Xpal, Alan Cymberk noh pada pameran Kongres Mo bil Sedunia 2013 di sini yang berakhir semalam.

Pengguna juga katanya, tidak perlu berlanggan dengan pembekal telekomunikasi kerana panggilan kecemasan adalah percuma tetapi ia masih memerlukan kad modul identiti pelanggan (SIM) jika mereka mahu membuat panggilan biasa.

"Setahun sejak versi pertama dilancarkan, jualan telefon ini amat memberangsangkan di Amerika Syarikat," ujar Cym 

Model terbaharu telefon itu boleh menghantar lokasi pemanggil melalui sistem pengesanan global apabila panggilan kecemasan dibuat






0 comments:

Post a Comment