Thursday, March 21, 2013
1



Propaganda Korea Utara, Hasilkan Video Musnahkan White House (Video) | Korea Utara telah menghasilkan sebuah lagi video berunsur provokasi menunjukkan Rumah Putih dan bangunan Kongres di Amerika Syarikat (AS) diserang yang dilihat akan meningkatkan lagi ketegangan antara kedua-dua negara itu.

Memetik laporan AFP, kelmarin, video berjudul Firestorms will rain on the Headquarters of War berdurasi empat minit tersebut dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube.

Mereka turut menggelar AS sebagai 'pembuli' yang menghalang program nuklear Korea Utara menerusi paparan gambar pesawat pengebom B-52 dan kapal perang USS.

Awal bulan lalu, laman propaganda Pyongyang, Uriminzokkiri turut memuat naik video yang menunjukkan New York musnah akibat serangan peluru berpandu.

Kira-kira dua minggu selepas itu, sebuah lagi klip memaparkan Presiden Barack Obama dan tentera AS terbakar akibat letupan nuklear pula dihasilkan.   

Konflik antara Korea Utara, Seoul dan AS semakin meningkat sejak awal bulan lalu selepas Pyongyang melancarkan ujian nuklear ketiga mereka walaupun  dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Video durasi pendek

- US kena wat nganjing begitu sajaa...haha

1 comments: