Pesawat Terhempas Belakang Rumah

Wednesday March 6, 2013


Pesawat Terhempas Belakang | GOMA, Congo - Sebuah pesawat penumpang terhempas dekat sebuah rumah menyebabkan tujuh orang terbunuh dan tiga orang lagi cedera, kata beberapa pegawai Congo semalam.

Juruterbang pesawat syarikat Compagnie Africaine d'Aviation itu berjaya mengelak pesawat berkenaan terhempas di kawasan perumahan di bandar ini kelmarin.

Pesawat itu berlepas dari bandar Kananga di barat daya negara ini dan berhenti di Lodja.

Ia terhempas semasa dalam penerbangan ke sini.

"Terdapat ribut petir dan kami mendengar bunyi yang kuat.

"Kami keluar dan melihat sebuah pesawat di kawasan belakang rumah," kata seorang penduduk, Lauren Welsh.

Beberapa pegawai syarikat penerbangan itu dan pihak berkuasa menyatakan sebanyak sepuluh orang menaiki pesawat tersebut.

Juruterbang pesawat itu turut maut.

Seorang pegawai syarikat berkenaan menyatakan lima kru pesawat tersebut turut mati.

Datuk bandar Goma, Naasson Kubuya menyatakan, pesawat berkenaan terhempas ketika cuaca buruk. - AP




Pesawat Terhempas Belakang Rumah Pesawat Terhempas Belakang Rumah Reviewed by Unknown on Wednesday, March 06, 2013 Rating: 5

No comments