Saturday, January 03, 2015
Tolong Pulangkan Passport Saya Kembali - Rayu Warga Iraq

Gambar Hiasan

Tolong Pulangkan Passport Saya Kembali - Rayu Warga Iraq | Kehadiran seorang warga Iraq pada sambutan ambang tahun baharu 2015 di ibu negara menjadi peristiwa pahit apabila dia kehilangan pasport dan wang tunai disyaki akibat perbuatan penyeluk saku.

Kais Abd Hussen, 31, berkata dalam kejadian 10.15 malam itu, beliau berada di Kuala Lumpur City Centre untuk bersama warga kota dan pelancong menyambut ketibaan tahun 2015.

"Ketika orang ramai berpusu-pusu dan saling bertolakan antara satu sama lain, tidak lama selepas itu saya menyedari pasport dan duit saya telah hilang," katanya kepada Bernama.

Kais berkata beliau telah membuat laporan mengenai insiden itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Khamis serta memaklumkannya kepada Kedutaan Besar Iraq.

Beliau berkata kehilangan pasport itu amat menggusarkannya kerana ia diperlukan untuk tujuan pengajiannya di sini dan urusan lain.

Kais memohon sesiapa yang terjumpa pasport itu supaya menghubunginya di talian 010-2586307 atau mana-mana balai polis berhampiran.

0 comments:

Post a Comment