Thursday, January 08, 2015
Rakaman Saat Anggota Polis Muslim Yang Ditembak Jarak Dekat (Video) http://apahell.blogspot.com/2015/01/rakaman-saat-anggota-polis-muslim-yang.html

Rakaman Saat Anggota Polis Muslim Yang Ditembak Jarak Dekat (Video) | Seorang pegawai polis yang terbunuh di dalam serangan ke atas sebuah syarikat akhbar di Paris Charlie Hebdo, dipercayai seorang Muslim.

Menurut Dailymail.co.uk, pegawai tersebut, Ahmed Merabet, 42, ditembak pada jarak dekat oleh dua orang suspek serangan berkenaan.

Beberapa video rakaman amatur serangan berkenaan juga telah dimuatnaik ke laman video popular, YouTube.

Dalam video tersebut, Ahmed ditembak selepas suspek turun dari kenderaan mereka.

Kedua suspek kemudian mendekati pegawai polis tersebut yang terbaring di tepi jalan dan menembak mangsa sekali lagi.

Dalam serangan berkenaan, 12 orang dilaporkan terbunuh termasuk 2 anggota polis.

Serangan bersenjata terhadap syarikat akhbar sinis, Charlie Hebdo semalam memaksa pihak berkuasa melancarkan operasi memburu besar-besaran. Motif utama serangan adalah balas dendam kerana Charlie Hebdo adalah salah satu akhbar yang selalu mengutuk Islam dalam kalikaturnya termasuk melukis gambar Nabi Muhammad..

Video:


0 comments:

Post a Comment