Rakaman Budak Darjah 6 Dibuli Rakan Sebaya Ketika Waktu Rehat (Video)


Rakaman Budak Darjah 6 Dibuli Rakan Sebaya Ketika Waktu Rehat (Video) | Alor Setar: Video memaparkan sekumpulan lima murid membuli seorang murid lain dipercayai berlaku di sekolah rendah, di sini, viral di laman sosial Facebook sejak semalam.

Video berdurasi satu minit 51 saat berkenaan mendapat lebih 30,000 tontonan sekali gus orang ramai meminta pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya.

Difahamkan, kejadian membabitkan murid berusia 12 tahun itu dipercayai berlaku di dalam kelas pada waktu rehat, September lalu.

Paparan video berkenaan menunjukkan mangsa yang berpakaian sukan duduk atas lantai dan disepak pada badan selain kepalanya turut diletakkan bakul sampah plastik.

Bagaimanapun, mangsa hanya mendiamkan diri tanpa melawan sebaliknya menangis sambil meminta tidak diapa-apakan.

Difahamkan, pihak sekolah sudah berbincang dengan keluarga murid terbabit, pagi ini, yang turut meminta polis memberi amaran keras kepada semua pembuli berkenaan.

Sementara itu, Exco Pendidikan negeri, DatukTajul Urus Mat Zain berkata, beliau sudah dimaklumkan berhubung kejadian dan meminta maklumat lengkap daripada Jabatan Pendidikan Negeri.

Wakil keluarga ditemui enggan memanjangkan kes berkenaan, namun sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, tengah hari tadi. - Apahell

Video :



Rakaman Budak Darjah 6 Dibuli Rakan Sebaya Ketika Waktu Rehat (Video) Rakaman Budak Darjah 6 Dibuli Rakan Sebaya Ketika Waktu Rehat (Video) Reviewed by Unknown on Sunday, January 04, 2015 Rating: 5

No comments