Polis Buru Pencuri TV LCD di Kedah (Video)

Polis Buru Pencuri TV LCD di Kedah (Video) | Tindakan dua remaja melarikan sebuah televisyen LCD yang didakwa berlaku di Taman Delima, dekat sini menjadi viral di laman sosial sejak di muat naik, petang semalam.

Baru sahaja dua jam dimuat naik di ruangan sosial, pelayarnya sudah mencecah sehingga 62,161 orang seluruh negara selain dikongsi oleh 660 pengguna media sosial.

Polis Buru Pencuri TV LCD di Kedah (Video)

Video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 0:05 minit itu menunjukkan dua remaja didakwa sedang melarikan televisyen terbabit dengan memanjat melalui pagar sebuah rumah.

Kejadian juga menunjukkan ia berlaku siang hari sekali gus membuktikan kegiatan jenayah yang didakwa berlaku secara terang-terangan tanpa disedari orang awam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, siasatan akan dijalankan berhubung kejadian.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya menjaga keselamatan diri dan harta benda termasuk ketika berada di kediaman sendiri.

“Kita juga mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat jenayah sila tampil beri kerjasama dalam membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada balai polis berhampiran atau talian Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di nombor 04-4212222,” katanya.

Video : 


Polis Buru Pencuri TV LCD di Kedah (Video) Polis Buru Pencuri TV LCD di Kedah (Video) Reviewed by Unknown on Wednesday, January 14, 2015 Rating: 5

No comments