Niat Suci Bantu Mangsa Banjir Berakhir Tragedi ( 4 Gambar)

Niat Suci Bantu Mangsa Banjir Berakhir Tragedi ( 4 Gambar) | Dalam perjalanan misi bantuan ke Kelantan, sekitar jam 9 pagi tadi selepas memasuki Plaza Tol Cheneh, Kemaman, menemui sebuah motosikal baru terbabas.

Kelihatan seorang lelaki terduduk menahan sakit dan seorang lagi terlentang diluar penghadang lebuh raya. Kedua-dua mereka dibantu dan diajarkan mengucap.

Niat Suci Bantu Mangsa Banjir Berakhir Tragedi ( 4 Gambar) http://apahell.blogspot.com/2015/01/niat-suci-bantu-mangsa-banjir-berakhir.html

Kami segera menghubungi pihak ambulan dan tiba 20 minit kemudian. Setelah diperiksa, seorang dari mereka telah kembali ke rahmatullah.

Apa yang mengharukan, arwah Amirul Syazri Azlan Shah dan Fajrul Iman berumur 19 tahun datang dari Gombak untuk membantu mangsa banjir di Kelantan dengan membonceng motosikal. Iman pula anak yatim piatu dan sempat mengirimkan salam buat Tuan Guru Nik Aziz.

Kelihatan di tepi jalan, penyapu dan baju turut dibawa. Pada topi keledar juga ada pelekat "Jihad Jalan Kami, Syahid Cita-Cita Kami". Betapa murninya niat dan bersungguhnya mereka.

Moga ganjaran syahid buat arwah dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Moga-moga juga adik Iman kembali sembuh. Al Fatihah.




Niat Suci Bantu Mangsa Banjir Berakhir Tragedi ( 4 Gambar) Niat Suci Bantu Mangsa Banjir Berakhir Tragedi ( 4 Gambar) Reviewed by Unknown on Sunday, January 04, 2015 Rating: 5

No comments