Thursday, January 08, 2015
Kesan Rotan Terhadap Pelajaran Anak, Baik / Buruk?

Kesan Rotan Terhadap Pelajaran Anak, Baik / Buruk? | Mengapa Rotan Bukan Pemangkin Untuk Rajin Dan Mudah Belajar Bagi Anak Anda?

Mari kita lihat dari penrspektif OTAK TRIUN, TRIUNE BRAIN atau bahasa pasarnya, OTAK TIGA LAPIS. Ibu pernah bercerita mengenai otak triun ini sebelum ini. Tapi mari kita ulangkaji bersama yang baru first time mendengar.

1. Otak Reptilia

Otak paling bawah ialah otak reptilia yang bertanggung-jawab menjaga keselamatan. Bila keselamatan kita tercabar, tenaga akan banyak turun ke sini dan otomatik kita akan diam atau melawan.

2. Otak Mamalia

Otak bahagian tengah ialah otak mamalia, bertanggung-jawab menjaga emosi dan kesihatan. Bila emosi tercabar, kesihatan pun merundum... tenaga jatuh... malas!

3. Otak Neokorteks 

Otak Neokorteks adalah bahagian paling atas. Ini adalah otak berfikir. 

Bila rotan digunakan demi 'motivasi'kan anak untuk belajar...maksudnya 'tenaga takut' yang digunakan. Anak akan merasakan keselamatannya tercabar. 

Agaknya dimana tumpuan tenaga di otak anak itu? Ia di bahagian paling bawah - t . Dan di sini bukan otak berfikir, tapi bahagian otak untuk menjaga keselamatan...maka anak pun jadi diam atau melawan. Bila ditanya soalan apa yang diajar...otaknya tidak boleh berfikir...mulut terkunci, dan otak blank! atau kelakuannya menjadi melawan dan biadap!

Beri anak rasa selamat. Damaikan emosinya, maka senanglah dia belajar Itulah PETUA PALING MUJARAB 


Sumber : Prof. Dr. Rozieta Shaary
Kesan Rotan Pada Pelajaran Anak

0 comments:

Post a Comment