Thursday, January 01, 2015
http://apahell.blogspot.com/2015/01/helikopter-pdrm-terhempas-di-tanah.html

Helikopter PDRM Terhempas di Tanah Merah Ketika Misi Bantuan Banjir (10 Gambar) | Berikutan penyebaran satu mesej Whatsapp yang menyatakan sebuah Helikopter PDRM terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kemalangan tersebut benar-benar terjadi petang tadi.

Menurut Khalid, Eurocopter AS355N Ecureuil 2 dengan pendaftaran 9M-PHD itu adalah milik PDRM dan terlibat kemalangan di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan.

Dalam insiden tersebut, dua juruterbang dan dua kru dilaporkan cedera dan mereka telah dibawa ke Hospital Tanah Merah. Kesemua penumpang di dalam helikopter tersebut dilaporkan selamat.

Menurut Khalid lagi, helikopter tersebut dalam misi menghantar bekalan makan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai, Tanah Merah.


Tan Sri Khalid telah mengesahkan laporan tersebut setelah lebih sejam mesej mengenai kejadian berlegar-legar di media sosial dan aplikasi Whatsapp.

"Alhamdullilah dua juruterbang dan dua kru terselamat," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Difahamkan keempat-empat mereka mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Tanah Merah.


Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.

Saksi mengatakan mereka melihat pesawat itu berlegar rendah di udara sebelum terdengar letupan lalu menjunam ke bawah. - Apahell

Gambar :









Video :


0 comments:

Post a Comment