Wednesday, January 14, 2015
Artis Lelaki Idaman Malaya Mengikut Taste YB KJ (5 Gambar)

Artis Lelaki Idaman Malaya Mengikut Taste YB KJ (5 Gambar) | Kontroversi mengenai isu peluk cium artis K-Pop B1A4 bersama empat peminat wanita beragama Islam baru-baru ini masih lagi hangat diperkatakan.

Tidak dinafikan personaliti dan juga paras rupa serta bakat yang ada pada artis K-Pop membuatkan peminat yang rata-ratanya terdiri daripada perempuan menggilai mereka.

Isu tersebut menyebabkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) memuat naik satu status  mengenai ciri-ciri lelaki sejati di akaun Twitter yang telah menarik perhatian ribuan pengikut laman sosialnya.

Kapsyen tersebut berbunyi:




Jadi mungkinkah ciri-ciri yang ditulis oleh KJ ini merupakan ‘Mr. Perfect 10’ yang sepatutnya dicari oleh gadis-gadis Melayu di Malaysia?

Siapa pula selebriti tempatan yang menjadi igauan peminat mengikut kriteria yang digambarkan oleh KJ?

Jom lihat calon-calon top 5 lelaki ‘Perfect 10’ mengikut kriteria KJ:


Zul Ariffin

Zul Ariffin kini semakin digilai wanita selepas membintangi drama ‘Rindu Awak 200%’ bersama Ayda Jebat. Dengan susk tubuh yang sasa serta gaya-gaya romantik yang ditonjolkan di dalam drama itu membuatkan  Zul  menjadi perhatian para gadis.


Sharnaaz Ahmad

Lebih dikenali sebagai Jebat kerana lakonannya dalam Bukan Aku Tak Cinta telah meletakkan namanya di paras yang popular. Membawa watak sebagai ‘bad boy’ tetapi menjadi baik selepas berkahwin, membuatkan ramai anak-anak gadis terbuai-buai dengan watak itu.


Keith Foo

Pelakon darah kacukan Cina-India ini pada awal kemunculannya agak kurang dikenali, namun setelah membintangi drama Ariana Rose namanya melonjak naik. Ini adalah kerana watak yang dibawanya itu seolah-olah mencerminkan dirinya sendiri. Kalau ada cerita mengenai Keith Foo, ramai yang ingin tahu perkembangan terbarunya.

Kamal Adli

Mungkin Kamal Adli menepati beberapa ciri-ciri yang disebutkan oleh KJ. Selain tinggi dan berkulit agak gelap, Kamal juga merupakan seorang lelaki yang sangat ‘sweet’.


Nazim Othman

Rupa paras yang kacak, tinggi dan juga berkulit agak gelap, nampaknya pelakon Nazim Othman lengkap dengan pakej tersebut.

Malah, wajah Nazim juga dikatakan menyerupai dengan seorang aktor Korea iaitu Choi Jin Hyuk.

Selain berlakon, Nazim Othman juga mempunyai bakat menyanyi dan menari. Siapa yang tidak cair sekiranya ‘Mr. Perfect 10’ mereka mempunyai kriteria sama seperti Nazim kan?

Jadi jangan lupa untuk menyaksikan sebuah filem adaptasi novel yang bakal ditayangkan di Astro berjudul ‘Suamiku Encik Perfect 10’ Januari ini.

Sumber : http://www.astrogempak.com.my/


0 comments:

Post a Comment