Saturday, December 13, 2014
Wanita Sewa Lori Bawa Duit Syiling Ke Bank (3 Gambar)

Wanita Sewa Lori Bawa Duit Syiling Ke Bank (3 Gambar) | Menyimpan atau menabung merupakan salah satu cara untuk menyiapkan bekalan di masa depan. 

Banyak orang yang memilih untuk menabung wang di bank kerana di anggap selamat dan praktikal. Selain itu, bank merupakan tempat alternatif untuk menabung wang dalam jumlah yang besar.

Perkara inilah yang dilakukan oleh seorang wanita yang berasal dari Chongqing, China. Dia membawa wang sebanyak 100,000 CNY atau sekitar  RM 564,499.00 ke bank untuk di simpan. Yang membuat cerita ini menjadi menarik bukanlah jumlah wangnya, melainkan wang yang dibawanya itu adalah duit syiling .


Kejadian ini  membuat para pegawai bank di kawasan luar bandar Wushan tersebut kecoh dan bersusah-payah. Bagaimana tidak, wanita bernama Su ini membawa enam kotak besar berisi wang syiling 1 yuan yang jumlahnya 100,000 CNY.

Ia mengangkut wang yang jumlahnya sangat banyak itu dari rumahnya menuju ke pejabat cawangan Chongqing Commercial Bank di Bandar wusan menggunakan sebuah lori. 

Kerana terlalu banyak syiling tersebut, enam orang pekerja bank diperlukan  dengan masa selama dua jam untuk mengira syiling-syiling tersebut.


Seperti yang dilaporkan oleh Shanghaiist, dianggarkan jumlah berat keseluruhan syiling tersebut kira-kira 650 kilogram. Su berkata wang tersebut merupakan pembayaran pelbagai piutang dari orang lain.

Bagi pihak bank, kes ini bukan merupakan yang pertama kali. Sebulan sebelum kejadian ini, ada beberapa yang kehilangan tempat tinggal di kawasan tersebut yang juga menabung menggunakan wang syiling sama meskipun jumlahnya tidak sebanyak yang disimpankan oleh Su.

0 comments:

Post a Comment