Remaja Kahwin 15 Tahun Mahu Berhenti Belajar (3 Gambar)

Remaja Kahwin 15 Tahun Mahu Berhenti Belajar (3 Gambar) | Kecoh juga di laman sosial sepanjang 24 jam yang lepas apabila berita tentang pernikahan sepasang remaja masing masing berusia 15 tahun dan 17 tahun mula dipaparkan di media massa.

Muhd Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17 mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang masing masing selepas hanya berkenalan selama dua bulan dan mereka bernikah pada 30 November lalu.

Remaja Kahwin 15 Tahun Mahu Berhenti Belajar (3 Gambar) http://apahell.blogspot.com/2014/12/remaja-kahwin-15-tahun-mahu-berhenti.html

Gambar pernikahan pasangan ini mendapat perhatian di laman sosial dan menerima maklumbalas bercampur dari orang ramai. Ramai yang menyokong tindakan pasangan ini untuk kahwin muda dan mengelakkan maksiat namun tidak kurang yang beranggapan mereka berdua terlalu mentah untuk menjalani kehidupan seperti dewasa lain.


Menerusi tulisan di akaun Facebook beliau, Muhd Muaz Mislan yang sedang menunggu keputusan Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dilaporkan memberi komen yang membayangkan untuk tidak meneruskan pelajaran pada tahun depan, lapor Astro Awani.


Mungkin beliau mahu terus mencari pekerjaan untuk menyara hidup isterinya dan keluarga di masa hadapan. Niat murni dan semoga berbahagia hendaknya sampai ke akhir masa.

Remaja Kahwin 15 Tahun Mahu Berhenti Belajar (3 Gambar) Remaja Kahwin 15 Tahun Mahu Berhenti Belajar (3 Gambar) Reviewed by Unknown on Wednesday, December 17, 2014 Rating: 5

No comments