Rahsia Kecomelan dan Keunikan Lesung Pipit Yang Menakjubkan (2 Gambar)

Rahsia Kecomelan dan Keunikan Lesung Pipit Yang Menakjubkan (2 Gambar)

Rahsia Kecomelan dan Keunikan Lesung Pipit Yang Menakjubkan (2 Gambar) | Bukan semua orang dilahirkan dengan lesung batu pipit di wajahnya. Lesung pipit atau lekuk kecil pada pipi seseorang dianggap sebagai penambah seri wajah tidak kira lelaki ataupun perempuan. Tahu rahsianya? Ini serba sedikit bagaimana atau kenapa mereka mempunyai lesung pipit. Ada masyarakat percaya lesung pipit boleh terbentuk dengan cara menusukkan hujung cili ke pipi bayi....

Ini tidak benar kerana lesung pipit terjadi akibat variasi pada otot muka. Lesung pipit boleh muncul di kedua-dua belah pipi atau hanya di salah satunya sahaja dan biasanya akan terlihat dengan jelas pada wajah seseorang ketika mereka tersenyum, tertawa atau bercakap. 

Sebab paling biasa terjadinya lesung pipit adalah kerana kecacatan pada otot muka - otot yang terhasil pendek. Sedikit sebanyak menjelaskan mengapa lesung pipit pada muka tidak sentiasa kelihatan apabila seseorang itu dalam keadaan rehat (pegun) kerana ketika itu otot yang 'cacat' ini biasanya dalam keadaan asalnya (pendek)....


Tindakan seperti senyum akan memaksa otot tadi bekerja menyebabkan kulit muka tertarik dan lekukan akan kelihatan. Sesetengah kes, otot yang terhasil pendek ini boleh meregang perlahan-lahan mengikut perubahan masa. Itulah sebabnya ada orang yang mempunyai lesung pipit ketika mereka masih muda sahaja tetapi ia sudah tidak kelihatan apabila mereka semakin berusia.....

Jika salah seorang daripada pasangan suami isteri mempunyai lesung pipit, 25-50% kebarangkalian anak yang bakal lahir akan mewarisi lesung pipit. Jika kedua-dua mereka mempunyai lesung pipit, kebarangkalian tadi akan meningkat kepada 50-100%. 

Ia merupakan 'kecacatan' yang mudah diturunkan kepada keturunan masing-masing. Lesung pipit/pipi dalam Bahasa Inggeris disebut dimple/+s juga boleh terbentuk pada bahagian badan yang lain, contohnya bahagian dagu dan punggung.... Punggung??... Yup.. :)

Sumber : http://ceritadangosipbersatu.blogspot.com

Rahsia Kecomelan dan Keunikan Lesung Pipit Yang Menakjubkan (2 Gambar) Rahsia Kecomelan dan Keunikan Lesung Pipit Yang Menakjubkan (2 Gambar) Reviewed by Unknown on Sunday, December 14, 2014 Rating: 5

No comments