Wednesday, December 31, 2014
Gadis 24 Tahun Hampir Dir**0L di Seremban http://apahell.blogspot.com/2014/12/gadis-24-tahun-hampir-dir0l-di-seremban.html

Gambar Hiasan

Gadis 24 Tahun Hampir Dir**0L di Seremban | Seremban - Seorang gadis berusia 24 tahun berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa r**0L dalam kejadian di pekarangan tempat letak kereta Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Batang Benar Nilai, pada 18 Disember lalu.

Dalam kejadian kira-kira 9.45 malam itu, mangsa dikenali sebagai Balqis disamun dan dicederakan di bahagian kepala, sebelum dibawa ke kawasan sunyi untuk dir**0L.

Menurut sumber, berdasarkan laporan polis yang dibuat, semasa kejadian, mangsa yang menaiki kereta api komuter itu baru sahaja sampai dari KL Sentral kerana bekerja.

Sebaik sahaja masuk ke dalam keretanya, katanya, mangsa dihampiri sebuah kereta Perodua Kancil berwarna putih, sebelum keluar seorang lelaki memakai topi kaledar, memecahkan tingkap cermin pemandu menggunakan tukul besi.

“Difahamkan mangsa cuba melawan, namun penjenayah tersebut terus memukulnya di bahagian muka sehingga menyebabkan mangsa menjadi lemah.

“Lelaki berkenaan turut berjaya mengambil kunci kereta, beg tangan serta sebuah beg berisi komputer riba, sebelum menyerahkan kepada rakannya yang sedang menunggu di sebelah,” katanya.

Menurutnya, keadaan menjadi bertambah serius apabila suspek cuba mer**0L dengan membawa kereta mangsa ke tempat sunyi di sebuah kawasan stesen kereta api berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak sempat melakukan apa-apa berikutan terdapat sebuah kereta api melalui kawasan itu dan berhenti di stesen tersebut.

“Suspek dan rakannya kemudian melarikan diri dengan semua barang yang disamun dari mangsa.

“Sejurus selepas kejadian, mangsa membuat laporan di Balai Polis Nilai dengan bantuan bapanya yang tiba sebaik saja mangsa menghubungi ayahnya,” katanya.  

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Roning Abdullah berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan sehingga kini masih tiada sebarang tangkapan dibuat.

Beliau berkata, usaha untuk mengesan suspek sedang giat dijalankan dan beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. SinarHarian

0 comments:

Post a Comment