Saturday, December 13, 2014
1
Ali Abd Jalil Lari Ke Sweden Dan Bergabung Dengan Juli dan Shit Al-Wuzara (5 Gambar)

Ali Abd Jalil Lari Ke Sweden Dan Bergabung Dengan Juli dan Shit Al-Wuzara (5 Gambar) | Status Facebook, aktivis yang lari dari Malaysia ke Sweden bagi mengelak tindakan undang-undang dengan cara memohon suaka politik, Ali Abd Jalil dilaporkan telah ditangkap oleh Polis Antarabangsa (Interpol) malam tadi.

Didakwa turut ditangkap bersama Ali adalah seorang lagi rakyat Malaysia yang aktif menghina Islam menggunakan medium internet, Adlin Abd Jalil atau lebih dikenali sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.


Bagaimanapun, pemeriksaan kami mendapati ia cuma satu permainan lawak yang dimulakan oleh rakan Ali dan Adlin, pemilik akaun Facebook Juli Jalaludin, warga Malaysia yang juga angkuh mengaku murtad kerana tidak ada undang-undang boleh disabitkan kepadanya yang kini tinggal di Sweden.

Juli memuatnaik gambar Ali dan Adlin tersengih depan kenderaan Polis Sweden dan memuat naik status beserta ungkapan Allahuakbar semata-mata mahu menyelitkan unsur menghina Islam di situ.

Hal ini kerana seperti Adlin, Juli adalah si murtad yang terang-terangan sentiasa cari jalan untuk mengejek penganut Islam.


Jika dilihat pada posting di Facebook ketiga-tiga pengkhianat bangsa dan agama ini, dapat dilihat mereka begitu rapat di sana malah Ali mungkin diberikan ‘khidmat nasihat’ oleh Adlin dan Juli untuk lari ke Sweden sebelum ini.

Sedih.. sedih sekali lihat bagaimana undang-undang Malaysia dan agama Islam dipermainkan oleh bangsa Melayu di tanah orang.

Pada masa sama, blogger seks Alvin Tan yang terus-terusan memperkotak-katikkan undang-undang kita di negara Uncle Sam juga terus bebas.



1 comments: