Thursday, December 18, 2014
10 Fakta Pemain Kacak Thailand Charyl Chappuis (10 Gambar) http://apahell.blogspot.com/2014/12/10-fakta-pemain-kacak-thailand-charyl.html

10 Fakta Pemain Kacak Thailand Charyl Chappuis (10 Gambar) | Korang tengok tak perlawanan final pertama Malaysia menentang Thailand semalam? Walaupun skuad kendalian Dollah Salleh tumpas 2-0, namun apa yang lebih mencuri perhatian penonton ialah pemain no 7 Thailand, Charyl Chappuis. Lebih-lebih lagi para gadis yang menonton perlawanan semalam, melting terus!

Sesungguhnya kami memang memahami naluri dan kehendak pengunjung setia OHBULAN! ini terutamanya para gadis. Nah kami sediakan 10 fakta menarik tentang Charyl Chappuis! Tak payah susah-susah google.


Penjaring Gol Pertama Thailand Menentang Malaysia

Chappuis meletakkan Thailand 1-0 mendahului Malaysia menerusi jaringan sepakan penalti. Disebabkan Chappuis ini handsome jadi ia sedikit sebanyak mengurangkan kemarahan penyokong wanita harimau malaya.


Berdarah Kacukan Mat Salleh

Baru berumur 22 tahun dan dilahirkan Di Kloten, Switzerland. Ayah Chappuis berasal dari Switzerland manakala ibu Chappuis dari Thailand. Patutlah muka ada iras mat salleh kan?


Pahit Untuk Ditelan,  Adakah Chappuis Gay?

Berdasarkan foto di bawah boleh dilihat Chappuis mencium pipi seorang jejaka lain. Adakah dia seorang gay? Tidak! Itu adik dia. Haha


Maaf Hati Saya Sudah Dimiliki – Chappuis

Buat gadis-gadis di luar sana, lupakan hasrat korang untuk memikat hati Chappuis sebab dia dah ada girlfriend! Orang putih lagi tau!


Kecil-Kecil Lagi Dah Power

Percaya atau tidak, Chappuis pernah mewakili pasukan Switzerland semasa remaja dan memenangi Piala Dunia Fifa bawah 17 tahun. Memang power dia ini.


230 Ribu Followers Instagram

Pemain Thailand ini mempunyai 230 ribu followers Instagram setakat ini. Pemain Malaysia ada ke macam ini? Berapa orang followers Mat Yo?


Fanclub Facebook

Terdapat banyak fanclub di Facebook yang menggunakan nama Chappuis. Rupanya memang ramai peminat mamat ini. Gadis-gadis Malaysia je yang baru perasan.


Muka Iras Cristiano Ronaldo!

Kalau korang perhatikan betul-betul muka Chappuis ini memang ada iras Ronaldo. Kalau muka dia cengkung sikit memang sebijik lah.


Miliki Banyak Kejuaraan Bersama Kelab

Menjuarai Thai Premier League, Thai FA Cup, Thai League Cup, dan Kor Royal Cup bersama dengan Buriram United di Thailand. Ingatkan muka je handsome, main bola pun power!


Impian Bermain Dengan Barcelona

Menerusi artikel yang dipetik daripada ESPN, Chappui mendedahkan keinginannya untuk kembali bermain di Eropah satu hari nanti.

"Saya mempunyai impian untuk bermain bersama dengan pasukan favourite saya, Barcelona tetapi saya tahu ianya mustahil."

0 comments:

Post a Comment