Luahan Hati Nabila Terhadap JPJ

JPJ 2014


Luahan Hati Nabila Terhadap JPJ - Bermula 1 November 2014, JPJ, PDRM dan SPAD telah membuat operasi secara besar-besaran dengan membuat sekatan jalan raya di kebanyakan kawasan di seluruh negara, 

Namun, bukan sahaja pihak berkuasa yang sedang ligat membuat sekatan jalan raya, warga media sosial juga sedang ligat memerhatikan "kerja-kerja" yang dilakukan oleh pihak berkenaan. 
Dalam minggu ini sahaja, lambakan gambar yang dimuatnaik ke media sosial yang menunjukkan kesalahan-kesalahan yang jelas dilakukan oleh pihak berkuasa. 

Terbaru, luahan hati oleh seorang pengguna media sosial terhadap anggota JPJ yang membuat sekatan jalan raya di KLIA. 

JPJ 2014

"Saya drive keluar dari parking KLIA, then JPJ buat roadblock kat jalan keluar KLIA. Kereta depan saya satria putih dan semua tinted gelap sampai tak nampak dalam. Tapi dia bagi jalan.. Saya dan perasan pegawai bangsat ni duk usha kereta saya.. sampai turn saya dia suruh berhenti then tawaf kereta saya. So far saya tak rasa ada masalah dengan kereta saya. Saya drive toyota harrier. Sebab toyota harrier semua cermin belakang memang gelap tapi bukan sebab tinted. Memang asal cermin tu warna hitam. Tapi still boleh nampak dalam kereta. Depan memang tak tinted langsung. Boleh pulak lepas habis tawaf dia cakap dia nak saman atas kesalahan cermin gelap. Terus saya sound dia, apasal kereta satria depan saya tadi awak kasi lepas padahal fully tinted?? Dia boleh cakap mana ada.. dan2 saya nampak dia buka name tag simpan dalam poket lepas tu minta ic saya. Nak jadi cerita, hari tu saya tukar bawa handbeg lain.. ic dalam handbeg lagi satu.. so tak bawa ic la.. dia cakap dah 2 kesalahan.. then dia panggil saya turun nak tunjuk plat number katanya.. padahal plat number tak ada masalah pun.. rupanya dia panggil saya turun tu nak minta duit..Siap cakap awak naik harrier mesti duit banyak.. bagi je berapa awak ada, betul-betul pokewakkkk lahanat sial babi punya jpj.. memang la tak semua, tapi ada la babi sial diantara korang"

Allahu.. admin mendoakan agar Allah menjentik hati pegawai jpj tersebut tentang bahaya rasuah dan menyentuh jiwa kita semua untuk langsung tidak terlibat dengan apa-apa perkara yang melibatkan rasuah. 

"Allah swt melaknat orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya" Riwayat Ahmad.
Luahan Hati Nabila Terhadap JPJ Luahan Hati Nabila Terhadap JPJ Reviewed by Unknown on Monday, November 10, 2014 Rating: 5

No comments