Sunday, November 02, 2014
Koleksi Gambar Anak Rozita Che Wan dan Zain Saidin (9 Gambar)

Koleksi Gambar Anak Rozita Che Wan dan Zain Saidin (9 Gambar) | Pelakon Rozita Che Wan selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 2.18 petang Sabtu di Hospital Ampang Puteri.

Suaminya, Zain Saidin menerusi Instagram turut merakamkan rasa kesyukuran di atas kelahiran cahaya mata pertama mereka.


Program hiburan hlive! secara eksklusif mendedahkan wajah bayi comel itu pada Sabtu dan ia turut dikongsi bersama oleh peminat-peminat yang menanti berita baik ini.


Menurut HLive, Zain dan Rozita bakal mengumumkan nama anak mereka minggu hadapan.

Zain dan Rozita telah berkahwin dalam majlis gilang gemilang Disember tahun lepas dan kelahiran anak pasangan ini telah mendapat tajaan Kumpulan Perubatan Johor (KPJ).






0 comments:

Post a Comment