Jiran Dedah Cerita Sebenar Budak Diikat Kaki & Tangan

Jiran Dedah Cerita Sebenar Budak Diikat Kaki & Tangan

Jiran Dedah Cerita Sebenar Budak Diikat Kaki & Tangan | Jiran kanak-kanak berusia tiga tahun yang diikat pengasuhnya di Taman Seri Pinang, dekat sini, mendakwa budak malang itu diikat setiap kali pengasuhnya keluar rumah apabila mempunyai urusan.

Jiran mangsa yang enggan dikenali itu mendakwa, kanak-kanak itu pernah memberitahu ibunya dia diikat, tetapi ibunya sukar mempercayainya berkenaan kerana beranggapan pengasuh terbabit seorang yang baik.

“Bagaimanapun, disebabkan tidak sedap hati, ibu kanak-kanak itu ke rumah pengasuh anaknya di blok sama, Selasa lalu.

“Dia terkejut apabila melihat anaknya dalam keadaan tangan diikat ke belakang dan kaki diikat terbaring atas lantai lalu mengambil keputusan membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui, semalam.

Difahamkan, pengasuh berusia 39 tahun itu mengambil upah menjaga empat kanak-kanak berusia antara setahun hingga lima tahun termasuk mangsa yang didakwa nakal sehingga terpaksa diikat.

Jiran mangsa berkata, bayaran upah mengasuh bergantung kepada jumlah hari anak mereka dijaga, sama ada RM5 sehari atau RM300 sebulan.

“Upah menjaga kanak-kanak itu lebih mahal kerana tinggal lebih lama dengan pengasuh berikutan ibunya bekerja kilang.

“Saya simpati melihat kanak-kanak itu letih apabila pulang ke rumah. Nakal macam mana pun, tak patut sampai ikat kaki dan tangan kerana dia masih kanak-kanak,” katanya.

Susulan laporan polis dibuat ibu mangsa, pengasuh terbabit direman tiga hari sehingga hari ini untuk siasatan lanjut. -Hmetro

Jiran Dedah Cerita Sebenar Budak Diikat Kaki & Tangan Jiran Dedah Cerita Sebenar Budak Diikat Kaki & Tangan Reviewed by Unknown on Saturday, November 01, 2014 Rating: 5

20 comments

  1. Cuba kalau anak kau yg diperlakukan mcm tu, apa perasaan kau?! Takde sifat penyayang pd kanak2 langsung ek!

    ReplyDelete
  2. Dan2 jiran dia ni pun... Kalau tahu awal, apesal dibiar kan je. Nasib parents dia yg selidik.
    Oh jiran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mne ad biar...kn da bgtau mak dye tp mak dye x percye...mak dye g slidik lpas jiran bgtau la tu...

      Delete
    2. Kan dh bgtau dlm berita tue ..jiran die dh bgtau ibunyer..tp ibunyer xpercaya sbb percaya pengasuh anaknya itu baik..

      Delete
    3. x bace ke.. jiran dh bg tau si ibu tp si ibu x percaya..

      Delete
    4. Korang semua yg x bace..bukan jiran tu yg bgtau, tp kanak2 tu yg bgtau mak dia, tp mak dia x percaya.. Bermakna jiran dia pun salah jugak sb x memberi keyakinan kpd ibu mangsa..

      Delete
    5. eh korang ni kenapa?! buta huruf buta kayu! kan dia dah bgtahu anak nya kena ikat, jiran dia xcaye anak dia kena ikat, dia report ibu dia. ibu dia buka kertas siasatan sendiri pergi ambush rumah tu dgan jiran dia sebab xcaya anak dia kena ikat. hadoi! korang ni

      Delete
  3. Allahuakbar.. kita tak memahami kesusahan mereka. Kita mungkin boleh cakap macam2. Tapi walau nakal sekalipun, jangan la sampai diikat begini. Aktif seringkali disalah tafsir sebagai nakal. Tapi kalau di tinggalkan dirumah tanpa pengawasan pun bahaya juga. Pengasuh nie kena amik b complex banyak2 nie... hehehheeh

    ReplyDelete
  4. siapa y tak tahu cerita sbenar biasalah...kejadian ni blalu dkat ja dgn rumah..

    ReplyDelete
  5. dah tahu budak tu nakal bg la balik kat mak dia...bgtau ank dia nakal dan dh x sggup nk mengasuh...bukn diikat mcmtu...tu manusia bknnya binatang...duit mau tp mengasuh x mau....bodoh punya org

    ReplyDelete
  6. Xde perasaan aa cuba anak awk dilakukan begitu. Ya allah budak memangla orang tuala sepatutnya yang bagi jalan nasihat. Stupid pengasuh..

    ReplyDelete
  7. Kesian budak tu...terbayang anak sendri klu org wat camtu...Allahuakbar. dh pengasuh pun undur diri lar klu tak sanggup. Budak2 mmg nakal tp jgn diikat..terus terang kt mak dia.

    ReplyDelete
  8. Mungkin ramai lagi pengasuh di luar sana yg buat macam gitu...budak2 mmg nakal skrg tapi janganlah buat macam tu...tu tak amanah namanye duit yg mak budak tu ambek tp buat mcm tu...tu yg tak berkat duit yg dia makan. Kat area rumah mak saya pun ada org jaga anak ramai2. Dengar juga dia jaga teruk juga tp x lah sampai ikat2. Itu pun saya risau kesian dgn budak2 tu. Tp nk buat mana mak2 budak tu terpaksa keje cari duit. Mudah2an budak2 tu semua selamat hendaknye.

    ReplyDelete
  9. Subhanallah..keciannye..klau ade hal lain kne kluar umh, mntk la cuti dgn ibu bpa kanak2 tu. Wlau nkl skali pun xptt diikat..pnt dn skit bdak tu..

    ReplyDelete
  10. pengasuh pandan indah..xjujur..pakcik makcik ni jaga anak sy usia 10bulan..dibiarkan anak sy dan 9baby lain dlm 1 bilik..baby masing2 dlm babycot masing..dlm bilik ber air cond..tiap kali amik dan hantar ank..ank mesti takut..nangis..petang2 makcik ni boleh keluar pegi ambil ank balik skola..pakcik plak sebok meniaga satey bawah rumah..naseb xjadi pape kat anak..tlg la sesape hantar anak kat rumah makcik pakcik ni berjaga2 la..kesian baby2 terabai..bayar mahal2 rm350 sebulan ..lokasi pandan indah..

    ReplyDelete