Wednesday, October 01, 2014
Lelaki Hilang Kepala Dibaham Buaya

Lelaki Hilang Kepala Dibaham Buaya | BETONG: Seorang lelaki maut selepas dibaham oleh buaya di Sungai Rimbas, pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10 pagi itu, mayat Mustapa Bunsu, 50, ditemui tanpa berkepala dan lengan kiri pada jam 3.40 petang tadi.

Sebelum kejadian, mangsa bersama empat lagi rakannya ke Sungai Rimbas  untuk mencari pokok sagu. Namun, seekor buaya secara tiba-tiba datang menyambar mangsa.

Operasi mencari & menyelamat dijalankan dan mayat ditemui 5 jam kemudian kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Mayat kemudian dibawa ke Hospital Betong untuk bedah siasat. - Harian Metro

0 comments:

Post a Comment