Wednesday, September 24, 2014
Video : Budak 8 Tahun Jana Pendapatan RM350K Sebulan Melalui Youtube | Kisah kanak-kanak yang berusia 8 tahun yang pandai menggunakan Youtube untuk mendapat duit sangat menarik untuk dibaca. Persoalannya bagaimana?

Evan, 8, berasal dari Amerika Syarikat memperoleh pendapatan sebanyak RM 4.2 juta setahun. Ini bermakna, pendapatan bulanan Evan adalah RM 350K sebulan. Wow...

Video : Budak 8 Tahun Jana Pendapatan RM350K Sebulan Melalui Youtube

Secara ringkasnya, Evan hanya perlu mengulas tentang permainan kanak-kanak dan juga permainan video kegemarannya. Kemudian ulasan itu akan diedit oleh bapanya dan dimuat naik ke laman Youtube. Tapi video ulasan Evan bukan calang-calang kerana ia mendapat 750 juta view dalam masa beberapa tahun.

Dengan populariti yang diperoleh oleh video Evan, dia kini setanding dengan artis antarabangsa seperti Katy Perry, Madonna dan juga saluran ESPN.

Evan menjana duit di Youtube dengan menggunakan khidmat pengiklanan yang dibuat disediakan oleh Youtube dan juga hasil dari pengiklanan produk yang ingin tampil dalam videonya.

Evan juga mempunyai agensi periklanan sendiri yang bertindak mempromosikan dan sebut harga bagi meletakkan iklan di dalam videonya.

Pada mulanya, projek ini hanyalah dibuat oleh Evan secara suka-suka sekadar ingin menghabiskan masa bersama keluarga. Tetapi, semuanya berubah setelah video mereka telah mencapai tontonan sehingga satu juta.

Jared, bapa kepada Evan berkata, kesemua duit yang terkumpul tidak digunakan untuk perbelanjaan keluarga tapi disimpan bagi kegunaan Evan pada masa hadapan.

Evan kini sudah mempunyai tiga saluran YouTube iaitu EvanTubeHD, EvanTubeRAW dan EvanTubeGaming.

Secara kasarnya, pendapatan hasil dari iklan yang disediakan oleh Youtube boleh menjana US$2.50 ke US$5 bagi setiap 1000 tontonan. Jika video anda benar-benar popular, kiralah berapa hasil yang bakal anda dapat.. - SiakapKeli.com

Salah 1 koleksi videonya..




P/s : Sebulan dah boleh beli rumah cash, bulan depan kereta cash.. Fuhhh....

0 comments:

Post a Comment