Monday, September 29, 2014
Perempuan Muda di Bandar Kecil Brazil Rayu Lelaki Datang Meminang Mereka (4 Gambar)

Perempuan Muda di Bandar Kecil Brazil Rayu Lelaki Datang Meminang Mereka (4 Gambar) | Sebuah bandar kecil di Brazil yang keseluruhnya terdiri dari perempuan muda 'cantik' telah membuat kenyataan untuk para lelaki-lelaki tunggal (single) datang memilih salah satu dari mereka sebagai teman wanita atau isteri di bandar yang penuh peraturan yang dikuasi oleh para wanita.

Bandar Noiva do Cordeiro, di tenggara Brazil, mempunyai populasi 600 orang yang sepenuhnya perempuan yang bekerja sebagai petani, lelaki yang telah berusia 18 tahun keatas diarahkan angkat kaki dari bandar itu dan beberapa orang suami sahaja hanya dibenarkan pulang ke bandar itu pada hujung minggu.


Dan sementara itu mungkin terdengar sempurna untuk beberapa orang, para remaja perempuan di bandar itu semakin kecewa dengan ketiadaan lelaki - dan telah merayu untuk para lelaki bujang yang memenuhi syarat untuk melangkah ke depan.

"Aku belum mencium seorang lelaki untuk masa yang lama," Nelma Fernandes, 23, penjelasan kepada laman Mirror.

"Kita semua bermimpi jatuh cinta dan berkahwin. Tapi kami suka tinggal di sini dan tidak mahu  meninggalkan bandar ini untuk mencari suami."

Bandar ini mula di buka pada tahun1890-an, dan ketika seorang perempuan muda bernama Maria Senhorinha de Lima dan keluarganya dipulaukan oleh gereja Katolik tempatan kerana dituduh berbuat zina.

Perlahan-lahan, semakin banyak perempuan tunggal dan para ibu bergabung dengan komuniti itu. Pada 1940, seorang pendeta Anisio Pereira memperistri seorang perempuan muda berusia 16 tahun dan mendirikan gereja di komuniti itu.


Namun, pendeta Anisio kemudian menerapkan aturan ketat, iaitu melarang penduduk minum minuman keras, mendengar muzik, memotong rambut, atau menggunakan alat perancang keluarga.


Ketika pendeta Anisio meninggal dunia pada 1995, para wanita ini memutuskan untuk tidak lagi membiarkan lelaki menentukan kehidupan mereka. Salah satu perkara pertama yang mereka lakukan adalah membubarkan organisasi keagamaan yang dianggap berat sebelah.

Kini, para wanita yang berkuasa di bandar kecil itu. Mereka mengerjakan semua hal sendiri, mulai dari bertani, merancang pembangunan bandar, hinggalah ritual keagamaan.

0 comments:

Post a Comment