Thursday, September 11, 2014
Pencuri Ditangkap Ketika Sedang Nyenyak Tidur | Dion Davis, 29, ditemui tertidur di atas katil di sebuah rumah di Sarasota County oleh seorang pembantu rumah yang kemudian menelefon polis.

Di sebelahnya ialah beg plastik berisi barang kemas milik tuan rumah yang diambilnya sebelum dia tertidur.

Pencuri Ditangkap Ketika Sedang Nyenyak Tidur

DAVIS lena di atas katil di rumah mangsanya.

Apabila polis tiba, mereka merakam gambar Davis dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Davis kelihatan benar-benar lena sehinggakan tindakan polis itu gagal menyedarkannya.

Davis yang menyifatkan dirinya sebagai ‘Juruteknik Kelengkapan Keselamatan’ dalam Facebooknya ditahan dan dituduh merompak.

Pembantu rumah itu memberitahu polis, dia tiba untuk membersihkan rumah berkenaan dan mendapati tingkap dapur terbuka serta Davis lena di atas katil.

Polis berkata, pencuri berkenaan sebelum itu menyelongkar laci dan almari di seluruh rumah berkenaan untuk mencari barang berharga.- Agensi

0 comments:

Post a Comment