Friday, September 19, 2014
Pelajar UiTM Shah Alam Maut Dilanggar Kereta Pensyarah (5 Gambar)

Pelajar UiTM Shah Alam Maut Dilanggar Kereta Pensyarah (5 Gambar) | Shah Alam: Seorang penuntut perempuan berusia 20 tahun Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di kampus berkenaan petang ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa Fatin Farah Farradia Yusof dikatakan baru selesai menghadiri kuliah di kampus berkenaan.

Difahamkan, mangsa adalah penuntut tahun dua Diploma Sains Sukan unversiti berkenaan.

Ketika kejadian, mangsa sedang berjalan bersama rakannya sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pensyarah wanita.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sejurus kejadian dipercayai akibat pendarahan dalaman. HMetro

Biodata Pelajar UITM Shah Alam Maut Dilanggar 18 September 2014

Nama Penuh: Fatin Farah Faraddia Binti Yusof

Umur: 20 Tahun

Asal: Dungun Terengganu

Fakulti: Sains

Bidang: Diploma Sains Sukan

Universiti: UITM Induk Shah Alam

Semester: Tahun Kedua

Punca kematian: Pendarahan dalaman akibat dirempuh kereta

Lagi gambar di tempat kejadian:-





0 comments:

Post a Comment