Bayi 8 Bulan Nyaris Jadi Makanan Biawak di Pahang (3 Gambar)

Bayi 8 Bulan Nyaris Jadi Makanan Biawak di Pahang (3 Gambar)

Bayi 8 Bulan Nyaris Jadi Makanan Biawak di Pahang (3 Gambar) | Rompin: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan parah digigit biawak di rumahnya di kuarters pekerja sebuah resort di Pulau Tioman, di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Kejadian terbabit disedari ibunya yang berusia 20-an sebelum membawanya ke Klinik Desa Kampung Tekek dan kemudian dirujuk ke Hospital Mersing.

Difahamkan, ketika kejadian ibu mangsa meninggalkan bayi berkenaan di ruang dapur untuk mengambil sesuatu.

Tidak lama selepas itu, beliau terdengar bunyi bising di bahagian dapur diikuti suara bayi menangis dengan kuat.


Ibu mangsa yang terkejut kemudian meluru ke dapur untuk melihat anaknya dan mendapati seekor biawak besar sedang menggigit dan mencengkam kepala anaknya dan cuba menarik bayi itu keluar dari kawasan dapur untuk dibawa lari ke dalam semak.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu di pondok polis Kampung Tekek, malam tadi.

Johari berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan termasuk meminta Jabatan Perhilitan Pahang melakukan pemeriksaan di kediaman mangsa.


Beliau juga berkata kes berkenaan adalah pertama kali dilaporkan di pulau itu membabitkan biawak menyerang manusia.

Difahamkan, bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk rawatan susulan.

Bayi 8 Bulan Nyaris Jadi Makanan Biawak di Pahang (3 Gambar) Bayi 8 Bulan Nyaris Jadi Makanan Biawak di Pahang (3 Gambar) Reviewed by Unknown on Tuesday, September 23, 2014 Rating: 5

1 comment

  1. Ngerinyeeee. Mintak jauh...................................................

    ReplyDelete