Thursday, September 25, 2014
Bayi 8 Bulan Diserang Biawak Semakin Pulih (3 Gambar)

Bayi 8 Bulan Diserang Biawak Semakin Pulih (3 Gambar) | Nur Hidayah Abdul Rahman, bayi berusia lapan bulan yang menjadi mangsa serangan seekor biawak di kuarters sebuah resort di Kampung Tekek, Tioman, Pahang, kelmarin, menunjukkan tanda semakin pulih.


Pegawai Perubatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr Low Tzuemn Ling, berkata Nur Hidayah yang menerima 150 jahitan akibat cakaran biawak terbabit dijangka dibenarkan pulang ke rumah dalam masa terdekat tetapi perlu menghadiri rawatan susulan di hospital berkenaan untuk memulihkan parut yang dialaminya.


"Buat masa ini kita sedang lihat proses penyembuhan luka dan dijangkakan jahitan itu akan dibuka seminggu lagi. Setakat ini, keadaan Nur Hidayah stabil cuma kita sedang memantaunya daripada sebarang jangkitan," katanya kepada pemberita di Wad Kanak-Kanak HSA, di sini, hari ini.


Suspek utama berjaya ditangkap :)

0 comments:

Post a Comment