Monday, August 04, 2014
Remaja Dilanggar dan Dipukul Hingga Mati Oleh Kapel and The Gang (8 Gambar)

Remaja Dilanggar dan Dipukul Hingga Mati Oleh Kapel and The Gang (8 Gambar) | Seorang pekerja Kompleks Sukan Nilai ditemui mati dalam keadaan tertiarap di dalam sebuah lubang di Jalan Labu, Batu 6 berhampiran sebuah kuari di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi itu, mayat mangsa yang dikenali sebagai Amir Fazli Suhaimi Fadzil, 18, ditemui orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Sumber berkata, ketika ditemui, remaja yang menetap di Nilai itu, hanya memakai seluar dan tidak berbaju.

“Pemeriksaan mendapati, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan turut mengalami lebam pada bahagian mata serta darah di hidung.


“Malah dompet milik mangsa turut tidak ditemui termasuk dokumen pengenalan diri lain. Sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z dipercayai ditunggang mangsa ditemui iaitu kira-kira 40 meter dari lokasi mayat mangsa dijumpai,” katanya.

Menurutnya, sebuah topi keledar berwarna biru, sehelai baju dan jam tangan turut ditemui tidak jauh dari mangsa berserta beberapa kesan darah.

Kata jurucakap, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini untuk tindakan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Sementara itu, bapa saudara mangsa Abdul Samad Uda Ismail, 45, yang ditemui di HTJ di sini berkata, dia diberitahu mengenai kejadian itu kira-kira jam 10 pagi oleh anak saudaranya dan bergegas ke Seremban dari Slim River, Perak.

“Kali terakhir saya jumpa dengan arwah Isnin lalu yang datang berhari raya di rumah saya. Tapi dia terpaksa pulang awal ke Seremban disebabkan perlu bekerja.

“Pagi tadi (semalam) keluarga arwah ada di rumah saya kerana mereka baru sahaja sampai. Tapi sebaik sahaja menerima berita tersebut, masing-masing bergegas pulang,” katanya.

Manakala seorang rakan baik mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ar-Radhi, 29, berkata, dua hari lalu dia memberitahu mahu berhari raya di rumah arwah.

“Tapi dia beritahu mahu mencari hari yang sesuai untuk buat makan-makan dan itulah kali terakhir saya bertemu dengannya.

“Malam tadi (kelmarin) pun arwah ada menghantar pesanan ringkas kepada adik perempuan saya yang meminta memberitahu ibu bapanya yang dia sayangkan mereka sekiranya dia sudah tiada,” katanya.


Malah katanya, arwah juga menunjukkan perubahan sikap apabila dilihat lebih banyak beribadat.

Polis bagaimanapun telah menahan sepasang kekasih berusia 21 tahun & 19 tahun yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu.






Kedua-dua suspek bersama 3 lagi rakan subahat yang masih bebas disyaki menyebabkan kematian Amir yang dihimpit menggunakan motosikal sebelum mangsa terjatuh dan dipukul sehingga mati.

Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z membunyikan enjin motosikal kepada suspek di sebuah persimpangan lampu isyarat di Senawang sebelum dia dikejar hingga ke Jalan Labu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - SinarHarian

0 comments:

Post a Comment