Tuesday, August 26, 2014
Hanya Suka-Suka Alasan Lelaki Tersepit Cincin Pada Zak@r http://apahell.blogspot.com/

Hanya Suka-Suka Alasan Lelaki Tersepit Cincin Pada Zak@r | Gara-gara hanya 'suka' mencuba, derita yang dilalui.

Dalam melalui masa yang terluang, seorang lelaki dengan tidak semena-mena memasukkan cincin besi pada kemaluanya.

Malangnya, setelah telus, cincin itu tersekat di pangkal kemaIuan.

Beliau panik dan cuba mengeluarkannya secara paksa bersendirian hingga kemaIuannya membengkak.

Kejadian itu berlaku pada sekitar 5 petang Sabtu di Kampung Dewa Beta, di sini.


Setelah menderita dalam diam selama 11 jam, beliau akhirnya meminta bantuan bapanya untuk dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) kira-kira pukul 3 pagi keesokan hari (Ahad).

"Saya hanya suka-suka saja. Saya jumpa benda tu (gelang besi) dan saya pun cuba memasukkannya (ke dalam zakar). Tapi tak sangka ia tak boleh dikeluarkan." -kata lelaki itu.

Deritanya tidak berakhir di situ.


Doktor mengalami kesukaran mengeluarkan cincin berkenaan, kata Ketua Zon Kota Baharu Jabatan Bomba dan Penyelamat Jamil Abdullah yang tampil memberi bantuan.

Ketika ditemui Jamil berkata, "Doktor gagal berbuat apa-apa memandangkan alat suIitnya membengkak dan meminta bantuan kami (unit Emergency Medical Rescue Team EMRS)".


Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.25 pagi dan seramai empat anggota dikerahkan ke HRPZ II.

"EMRS mengambil masa selama dua jam untuk memotong cincin terbabit menggunakan 'ring cutter'.

"Kerja-kerja menyelamat dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kecederaan pada alat suIit mangsa," katanya.

Jamil berkata sepanjang prosedur terbabit mangsa tidak sedarkan diri selepas diberi ubat bius.

Katanya, ini merupakan kes pertama seumpamanya dilaporkan di negeri ini. -mStar


P/s: Abaikan kesungguhan perempuan bertudung biru itu, dia saja nak blaja cara potong :P

0 comments:

Post a Comment