Terkini : Air Algerie Disahkan Terhempas


Terkini : Air Algerie Disahkan Terhempas | Pesawat Air Algerie dengan 110 penumpang terhempas semasa dalam perjalanan dari Ouagadougou di Burkina Faso ke Algiers, menurut pegawai penerbangan Algeria. 

Tidak banyak petunjuk mengenai apa yang berlaku kepada pesawat berkenaan atau penumpangnya tetapi Menteri Pengangkutan Burkino Faso, Jean Bertin Ouedrago, ia terpaksa mengubah haluan pada 0138 GMT (9.38 pagi waktu Malaysia) kerana ribut di kawasan itu. 

"Saya boleh mengesahkan ia sudah terhempas," seorang pegawai penerbangan Algeria memberitahu Reuters. 

Hampir separuh daripada penumpang pesawat itu adalah warga Perancis.

Penerbangan AH5017 membawa110 penumpang dan enam anak kapal. Ini merupakan nahas ketiga yang melibatkan kapal terbang penumpang dalam minggu ini.



Kini usaha mencari bangkai pesawat giat dijalankan.



Terkini : Air Algerie Disahkan Terhempas Terkini : Air Algerie Disahkan Terhempas Reviewed by Unknown on Thursday, July 24, 2014 Rating: 5

1 comment

  1. naik kapal terbang pun dah rasa x selamat dah skrg..

    ReplyDelete