Friday, July 04, 2014
Sebuah Kereta Perisai Terbalik, 2 Askar Terkorban (9 Gambar) | Kuala Kangsar: Sebuah kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dinaiki empat anggota tentera terbalik di Kilometer 232, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini, petang semalam.


Dalam kejadian jam 6.40 petang, dua anggota tentera yang terbabit dalam kemalangan ngeri itu maut manakala dua lagi cedera parah.

Menurut sumber, dalam kejadian itu, kenderaan yang dinaiki anggota terbabit dipercayai dalam perjalanan menuruni kawasan laluan berbukit sebelum hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan serta terbalik.


“Sarjan Bayong Burmayang mengalami kecederaan teruk di seluruh anggota badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakan setugasnya, Koperal Che Mohd Fatonah Che Ismail, 31, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar.

“Dua lagi anggota tentera yang cedera ialah Koperal Sharifuffin Abdullah, 36, dan Lans Koperal Fredi Barnabas, 29. Mereka kini dirawat di hospital sama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Ismail Darus berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada orang awam pada jam 6.46 petang.


“Ketika jentera pertama tiba di lokasi kejadian, anggota kami mendapati sebuah kereta perisai terbalik dan terdapat empat anggota tentera di dalam kenderaan berkenaan.

“Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk tindakan seterusnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.Hmetro






0 comments:

Post a Comment