Putuskan Hubungan Kekeluargaan Pakai Iklan Surat Khabar

Putuskan Hubungan Kekeluargaan Pakai Iklan Surat Khabar - Seorang lelaki berbangsa Cina telah mengiklankan di akhbar untuk memutuskan hubungan kekeluargaan daripada bapa mereka secara rasmi bersama dua lagi adik-beradiknya.

iklan surat khabar


Berkemungkinan tindakan sebegitu diambil kerana hutang dengan ceti haram yang dibuat oleh bapa mereka sehingga ceti atau Ah Long sudah mula mengganggu hidup mereka.

Biasanya tindakan sebegini diambil untuk mengelakkan Ah Long terus memburu tiga beradik itu sebaliknya terus sahaja memburu bapa mereka yang berhutang.

Secara jelas tidak diketahui adakah iklan akhbar ini sahih tetapi daripada cara cetakan di akhbar, ia nampak tulen cuma tidak tahu terbitan akhbar yang mana satu.

Bagaimanapun, jika ia benar maka terlampau dahsyatlah tahap hubungan kekeluargaan di dalam hidup manusia sekarang sehingga sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan secara rasmi sebegitu rupa. – MYNEWSHUB.MY
Putuskan Hubungan Kekeluargaan Pakai Iklan Surat Khabar Putuskan Hubungan Kekeluargaan Pakai Iklan Surat Khabar Reviewed by Unknown on Monday, July 07, 2014 Rating: 5

No comments