Puasa 6 Vs Hubungan Persaudaraan. Mana Lagi Utama?


Puasa 6 Vs Hubungan Persaudaraan. Mana Lagi Utama? - Ramadhan semakin berlalu pergi. Hanya meniti beberapa hari lagi untuk kita sebagai umat Islam untuk menyambul ketibaan Syawal pula. Jadi, sebagai muslim, kebanyakan juga daripada kita berlumba-lumba untuk elakukan puasa enam iaitu amalan berpuasa selama enam hari pada bulan Syawal.

Disini admin kongsikan jawapan daripada persoalan mengenai puasa enam dengan meraikan tetamu, yang mana perlu kita dahulukan dahulu. 


Puasa Enam

Kesimpulan Soalan: Dalam laman web saya Minda Tajdid (drmaza.com) saya telah menjawab keluhan seorang suami yang isterinya meminta dia berbuka puasa enamnya untuk meraikan anak-anak yang pulang jauh, agar dapat makan bersama. Oleh kerana dia bimbang nanti fadhilat puasa enam Syawwal itu hilang jika tidak puasa berturut selepas hariraya, maka dia enggan berbuka yang mungkin membawa kecil hati, atau ‘kurang meriah’ bagi anak-anak yang pulang dari jauh.


Kesimpulan dari jawapan : Walaupun ada ulama yang menyebut tentang keafdhalan berturut-turut itu, namun sunat puasa enam hari pada Bulan Syawwal, bukanlah terhad setakat enam hari berturut-turut selepas hariraya, sebaliknya enam hari pada Bulan Syawwal samada berturut-turut atau berselang-seli dalam bulan tersebut dianggap sebagai memenuhi maksud hadis.
Apatah lagi di sana ada hadis Abu Sa’id al-Khudri katanya:

“Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti –jika mahu” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari).

Dalam riwayat lain oleh al-Tabarani dalam al-Ausad baginda mengkritik lelaki tersebut dengan bersabda: “saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu kemudian kamu berkata ‘aku berpuasa!!”.

Ini menggambarkan betapa menjaga hubungan baik itu patut diutamakan sementara puasa sunat pula boleh diganti pada hari yang lain. Puasa enam Syawwal pun demikian. Maka untuk menjaga hubungan kaum keluarga, maka eloklah ditangguhkan puasa tersebut jika hari-hari pada Bulan Syawwal masih banyak.
Pada zaman ini, cuti yang terhad, waktu pertemuan sesama keluarga juga terbatas oleh kesibukan dan urusan yang berbagai, maka amalkanlah galakan Nabi s.a.w ini ‘berbuka dan ganti pada hari yang lain jika mahu’.

Dengan itu hubungan keluarga dapat dikuatkan atau dijaga, puasa enam juga dapat dilaksanakan.
Jika kita luaskan apa yang Islam luaskan, dan elakkan menokok tambah apa yang Islam tidak izinkan, maka kita akan melihat Islam itu begitu indah dan mudah.

Puasa 6 Vs Hubungan Persaudaraan. Mana Lagi Utama? Puasa 6 Vs Hubungan Persaudaraan. Mana Lagi Utama? Reviewed by Unknown on Friday, July 25, 2014 Rating: 5

No comments