Monday, July 07, 2014
2
Mana Inti Karipap? - Bulan Ramadhan ini, memang tak sah la andainya ramai orang berpusu-pusu ke bazar Ramadhan.  Namun, apa yang menyedihkan, ada sesetengah peniaga dilihat mementingkan keuntungan semata-mata hingga tergamak menjual makanan dan kuih muih yang mungkin mereka sendiri tak tergamak jamah.

peniaga melampau


Harga juadah sekarang pun bukannya murah, sepatutnya ia sudah cukup untuk mendatangkan keuntungan – tak perlulah dikurangkan lagi kualiti makanan semata-mata mahu untung lebih. Bukankah keberkatan lebih penting walaupun untungnya tidak sebanyak diraih orang tamak?

Mentang-mentanglah yang membeli tak dapat merasa sebab puasa, janganlah itu dijadikan alasan bila pulang makanan yang sepatutnya mengalas perut selepas seharian lapar rupanya sudah basi atau ‘lupa’ ditaruh gula dan garam.

Contohnya gambar yang dikongsikan pengguna Facebook ini, bila diletak depan cahaya dapat dilihat inti yang dimasukkan dalam karipap cuma secuit kentang, selebihnya angin semata-mata. Sedih melihat sikap penjual yang menjual.


Dimana letaknya sikap adil dalam berniaga andai begini yang pembeli dapat? Tamak mencari keuntungan dan dalam tidak sedar keberkatan dalam berniaga juga boleh hilang. Apatah lagi pada bulan yang cukup mulia ini.

Karipap yang pengguna facebook ini tunjukkan apa-apa pun sangat melampau. Sedih pun ada. Geram apatah lagi.

P/s : Karipap pun puasa, banyak angin :D

2 comments: