Kisah Misteri Bilik Hotel di Cherating Bernombor 202

Kisah Misteri Bilik Hotel di Cherating Bernombor 202
Gambar Hiasan

Kisah Misteri Bilik Hotel di Cherating Bernombor 202 | Kisah Seram ini merupakan kisah benar yang dialami oleh beliau sendiri. Selepas tamat pengajian saya di Matrikulasi, saya berkerja sambilan di salah sebuah hotel di Cherating, Pahang sementara menunggu panggilan untuk menyambung pengajian di Universiti tempatan.. Saya bekerja sebagai F & B dan ditugaskan bekerja di restoran yang berdekatan dengan pantai.. 

Saya bekerja di shif pagi.. Dan apa yang membuatkan saya berasa sangat pelik, kebanyakkan pekerja di sini tidak mahu bekerja di shif malam (overnite). Bagi saya bekerja pada waktu malam sangat rileks dan tidak memenatkan.. Walaupun hanya seorang sahaja bekerja di shif malam.. (Department yang lain juga sama, hanya seorang bertugas)

Jadi dipendekkan cerita, semasa bos saya ingin menyusun jadual staf, saya telah meminta kepada bos saya untuk bekerja di shif malam memandangkan tiada sesiapa yang ingin bekerja di shif tersebut. Setelah seminggu saya bekerja di shif ini, tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah kisah seram saya bermula pada suatu malam, sewaktu saya sibuk mengemas.. Saya menerima panggilan dari pelanggan (Room service). Waktu tu dalam pukul 4 pagi, saya hairan.. Masih ada yg belum tidur.. Dari skrin telefon, tertera nombor bilik bagi memudahkan pekerja menghantar pesanan.. Saya pun menjawab panggilan tersebut dan kedengaran suara perempuan.. 

Suaranya agak lemah...

Dia memesan burger dan segelas jus oren.. Tanpa berlengah saya memberi pesanan tersebut kepada kawan saya yang bekerja di bahagian dapur.. Setelah siap, saya menghantar pesanan tersebut.. Saya masih baru dan tidak hafal kedudukan bilik di hotel ini, setelah puas mencari, saya sampai di bilik tersebut.. Saya hairan mengapa pelanggan hotel ni menginap di bilik yg agak jauh dari bilik² yang lain.. Saya menekan loceng bilik beberapa kali, tetapi seperti tiada orang di dalam bilik tersebut..

Selepas beberapa kali saya cuba memanggil, saya mengambil keputusan pergi semula ke bahagian reception untuk meminta bantuan kawan saya menelefon nombor bilik tersebut.. Setelah memberitahu nombor bilik, kawan saya agak terkejut kerana berdasarkan rekod, tiada sesiapa yang menginap di bilik hotel tersebut pada malam itu.. Saya semak semula resit dan memang tertera nombor bilik hotel tersebut.. Tidak mungkin kesilapan sistem.. Muka kawan saya agak pucat dan menyuruh saya kembali ke restoran dan melupakan hal tersebut..

Pada keesokkan harinya, kawan saya yang bekerja di bahagian reception pada malam itu memberitahu kepada saya bahawa bilik tersebut memang agak sedikit ‘keras‘ dan itulah sebab mengapa staf di sini tidak suka bekerja di shif malam.. Dia memberitahu saya yang sebelum ini ada seorang perempuan telah membunuh diri di bilik tersebut dengan menjerut lehernya menggunakan kabel telefon dan perkara ini tidak dihebohkan bagi menjaga nama baik hotel tersebut.. Sejak dari kejadian itu, staf yang bekerja di shif malam sering diganggu dengan panggilan aneh dan misteri dari bilik hotel tersebut…

Kawan² saya sengaja tidak menceritakan hal tersebut kepada saya kerana risau saya akan takut bekerja di situ.. Alhamdulillah sepanjang 2 bulan saya bekerja di situ, hanya sekali itu sahaja saya diganggu.. Suara perempuan itu masih saya ingat sampai sekarang.. Dan untuk pengetahuan anda semua, bilik hotel itu bernombor “202″.

***********

Asal kisah seram je mesti ada berkaitan hotel kan. Memang hotel ni tempat hantu check in. Bagi korang yang nak bermalam di Cherating, Pahang berhati-hatilah dengan bilik hotel di sana. 
Kisah Misteri Bilik Hotel di Cherating Bernombor 202 Kisah Misteri Bilik Hotel di Cherating Bernombor 202 Reviewed by Unknown on Thursday, July 31, 2014 Rating: 5

15 comments

  1. hotel tu.... bilik tu. saya n kawan2 pernah kena.. siap ada yg jumpa penghuni bilik 202 tu... memang cantik, seksi dan rambut ikal.... owh tidak... pglaman seram,..pjang nk cerita...takkan meginap di situ lagi tp kalau setakat lunch or diner je boleh la..sbb saya suka makanan kat hotel legend ni...sedappp.. chef dia pun baik..

    ReplyDelete
  2. Betul ke ni...aku baru chek in..seriul pulak bulu kening niii

    ReplyDelete
  3. tipu oiiiii kt bilik mana ada telefon untuk call kt reception.aku bru dok semalam bila bca mcm seram tp telefon pun x de...pandai jer ko buat cerita

    ReplyDelete
  4. Tipu je ni. Santuary Resort tu mana ada semua tu.
    1) Mana ada telefon dalam bilik tu utk call receiption.
    2) Mana ada restoran berdekatan pantai. Sebelah kolam ada la.
    3) Bilik dia semua 4 angka mana ada 3 angka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul.sya dah kene dgn anak sya di situ. bilik 202.

      Delete
    2. sya satu family terkena.masuk bilik bau hapak. tgh malam die main on off tv, blower aircond berbunyi kasar, dua2 anak tunjuk ke arah bucu dinding yang sama sambil menangis. duduk ruang tamu, dia duduk sebelah sya. kesan sofa renyuk macam ade org duduk. die bisik nama sya di telinga. dia buka peti ais. anak sya menangis, muntah.. esoknya owner mat salleh tu benarkan sya tukar bilik.

      Delete
    3. maybe die dah tukar kepada 4 angka. lillah sya tk tipu. teruk kami sekeluarga kena

      Delete
  5. Baru selamat sampai rumah setelah 2 malam disana , cukup laa pengalaman yg dpt di sana dan xkan sesekali dtg lagi

    ReplyDelete
  6. Yo lah den baru duduk kek sana walaupun di blok c..alhamdulillah tak da apa apa berlaku cuma adik den yg menziarahi kami kat sana pada sebelah malamnya ada mengalami sedikit gangguan masa beliau nak balik pada sebelah malam tersebut seolah olah macam dirasuk sesuatu sampai kami yang memandu kereta beliau ke kuantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke?? Dasat tuu... Lepas tu berubat atau hilang sendiri?

      Delete
  7. Baru check in semalam ,malam nak tidur baby melalak sambil pejam terketar ketar..maybe tak selesa kot ..bapak nya pun ajak balik terus ..aiyoooo 😓

    ReplyDelete
  8. kt mercu beach resort sg.ular pon pnah jgk ade kes bunuh diri...kemungkinan besar crita nie sahih...bilik hujung skali nk ke pantai...nombo bilik 086...sebelom aku dpt tau crita tu pon mmg aku pnah dgr sesuatu mende pelik jgk...x heboh pon kes nie sbb nk jage name baik hotel jgk

    ReplyDelete
  9. Pernah melalui suasana seram di bilik..x ingat nombor berapa.tapi.bilik besar

    ReplyDelete