Guru Berlagak Diambil Tindakan Oleh Kementerian

Guru Taiko


Guru Berlagak Diambil Tindakan Oleh Kementerian  - Sebelum ini, admin ada menyiarkan klip video kejadian pergaduhan antara dua orang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Mentakab, Temerloh, Pahang di Pahang.

Selepas itu diketahui salah seorang dalam klip itu merupakan pengetua dan seorang lagi merupakan guru pendidikan khas (baju hijau).

Guru dalam klip berkenaan dikatakan seorang yang panas baran dan suka bergaduh.

Disebabkan oleh tersebarnya video yang memalukan berkenaan, Kementerian Pendidikan telah bertindak menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P. Kamalanathan berkata, guru terbabit telah dikeluarkan dari sekolah itu dan kini ditempatkan di “pool” bahagian pentadbiran sementara menunggu laporan siasatan

“Kami akan menunggu laporan dari siasatan yang dijalankan sebelum turut merujuk guru terbabit ke jawatankuasa tatatertib,” katanya.


Video perbuatan guru itu yang tersebar di laman YouTube sejak 6 Julai lepas, menjadi perhatian ramai terutama pengguna laman sosial yang memberi pelbagai reaksi terhadap kes itu.

p.s:  Allah berfirman " sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas " (QS: Az Zumar: 10) 
tak tahu la apa yang nak dimarahkan sangat cikgu ni, tapi apa-apa pun, bukankah kita dididik dengan kemolekan sifat sabar? =) 

Guru Berlagak Diambil Tindakan Oleh Kementerian Guru Berlagak Diambil Tindakan Oleh Kementerian Reviewed by Unknown on Monday, July 14, 2014 Rating: 5

No comments