Thursday, July 24, 2014
Awek Cina Nyanyi Lagu Raya (Comey + Best)

Awek Cina Nyanyi Lagu Raya (Comey + Best) | Menjelang lebaran antara perkara paling indah adalah mendengar lagu raya yang mampu membangkitkan perasaan gembira dan teruja menanti kedatangan Syawal.

Kami percaya di sebalik banyak lagu raya yang dicipta untuk penyanyi sekarang kebanyakan kita tetap terbuai perasaan apabila mendengar lagu-lagu raya lama nyanyian penyanyi veteran.

Lagu-lagu raya ciptaan terbaharu bukan tak sedap tapi sesetengahnya tak berjaya menyentuh perasaan nak sambut raya langsung.

Daripada buat lagu semacam itu, kami sarankan lebih baik kalau penyanyi bawa saja lagu-lagu lama sebagai cover song. Kalau kena gaya ia tetap mampu menarik perhatian pendengar.

Contohnya, lagu Selamat Hari Raya dendangan Saloma yang dinyanyikan semula oleh Elizabeth Tan yang sangat memikat hati walaupun dibawa dengan gaya tersendiri.-MyNewsHub


0 comments:

Post a Comment