Wanita Didakwa Mualaf Bukan Islam

Wanita Didakwa Mualaf Bukan Islam - KUALA LUMPUR: Mahkamah Syariah George Town hari ini memutuskan wanita yang jatuh daripada pangsapurinya Sabtu lalu, Teoh Cheng Cheng bukan beragama Islam sewaktu dia meninggal dunia.





Hakim Zaim Md Yudin, dalam penghakimannya turut mengarahkan pihak yang kini menyimpan mayat Teoh supaya menyerahkannya kepada ahli keluarga Teoh serta meminta pihak polis membantu dalam urusan ini.

               wanita disangka mualaf bukan islam

Zaim turut membenarkan keluarga Teoh mengambil mayatnya untuk melaksanakan upacara pengebumian mengikut kepercayaan agama mereka.

Teoh yang merupakan seorang ibu berusia 38 tahun meninggal dunia di pangsapurinya di Jalan Macallum pada Sabtu.

Pada Isnin, majlis pengebumian Teoh telah terhenti apabila pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) hadir di pangsapurinya bagi ‘menuntut’ mayat si mati.

Si mati dikatakan telah memeluk agama Islam 17 tahun lalu serta menggunakan nama Islam Nora Teoh Abdullah.




Wanita Didakwa Mualaf Bukan Islam Wanita Didakwa Mualaf Bukan Islam Reviewed by Unknown on Thursday, June 12, 2014 Rating: 5

No comments