Pelajar UMS Diugut Dengan Ayam & Cat Merah (3 Gambar)

Pelajar UMS Diugut Dengan Ayam & Cat Merah (3 Gambar) | KUALA LUMPUR: BILIK Pengerusi Pro-Mahasiswa UMS Kampus Labuan (UMSKL) Jamhuri Mohamed dipecah masuk malam tadi dan bangkai seekor ayam diletak atas katil serta mesej ugutan diconteng di dinding.


Jurucakap Pro Mahasiswa UMSKAL, Hasnur Faridah Abbas berkata kejadian disedari Jamhuri sendiri apabila pulang dari forum berkaitan dengan 16 Mahasiswa yang dikenakan AUKU kira-kira jam 12 malam

Menurut beliau, bangkai ayam diletakkan di atas katil Jamhuri turut disertakan contengan mesej "berambuslah bodoh" dengan cat di dinding bilik tersebut.

Ekoran kejadian itu, Jamhuri telah membuat laporan polis malam tadi.

Pelajar UMS Diugut Dengan Ayam & Cat Merah (3 Gambar)

"Pro M UMSKAL cuma berharap peristiwa yang berlaku ini bukanlah disebabkan polemik pertembungan idealisme diantara mahasiswa kerana jelas, perbuatan ini tidak menggambarkan imej seorang pelajar Universiti," kata Hasnur.

Dalam artikelnya, Jamhuri mengecam tindakan Pengarah UMSKAL Profesor Madya Dr Ismail Ali kerana merampas kedai mahasiswa kendalian sekretariat Masjid Al Hikmah.


Jamhuri dituduh melanggar Kaedah-kaedah 3(a) Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar) 1976 yang menyebut seseorang pelajar tidak boleh menyatakan bangkangan terhadap ‘sama ada di dalam atau di luar kampus, melalui apa-apa cara yang merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesejahteraan atau nama baik Institusi atau pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Institusi’.

Menurut notis bertarikh 17 Jun lalu, prosiding tatatertib terhadap Jamhuri kini ditetapkan untuk pendengaran pada 27 Jun 2014.

P/s : Ayam tu kalau buat percik.. pehhh!!!

Pelajar UMS Diugut Dengan Ayam & Cat Merah (3 Gambar) Pelajar UMS Diugut Dengan Ayam & Cat Merah (3 Gambar) Reviewed by Unknown on Sunday, June 22, 2014 Rating: 5

1 comment

  1. Anonymous22 June, 2014

    Membazir ayam tu woiii.. kahkahkah

    ReplyDelete