Nama Islam Felixia Yeap

Nama Islam Felixia Yeap - KUALA LUMPUR: Model dan personaliti media Felixia Yeap mendedahkan nama Islam yang bakal dipilih olehnya apabila dia memeluk agama Islam 3 Julai ini ialah Rania.

Rania


Ilham nama Rania itu dipilih setelah Felixia mendapat mimpi mengenai namanya dan seterusnya mengkaji makna tersebut sebelum mengambil keputusan untuk menggunakannya.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Felixia ketika dijemput sebagai tetamu jemputan dalam rancangan Apa Kata Malaysia yang dikelolakan oleh Datuk Aznil Nawawi.

Felixia menjelaskan dia memilih gabungan dua nama namun hanya memberitahu Aznil salah satunya adalah ‘Rania’ yang membawa maksud ‘pemimpin yang mempesonakan’.




Nama Islam Felixia Yeap Nama Islam Felixia Yeap Reviewed by Unknown on Monday, June 30, 2014 Rating: 5

No comments