Giliran Bapa Tiri Firdaus Pula Buka Mulut

Giliran Bapa Tiri Firdaus Pula Buka Mulut  Lola Ibu Remaja Kurus

Giliran Bapa Tiri Firdaus Pula Buka Mulut  | Umum mengetahui ayah kandung Firdaus, suami pertama Puan Lola telahpun meninggal dunia. Puan Lola telah berkahwin dengan suami baru sebagai isteri kedua.

Suami baru ini bernama Abdullah yang berumur lingkungan 40 tahun.

Ini kata bapa tiri Firdaus:

“Isteri saya terlalu sayangkan anaknya itu dan saya tidak pernah melihat dia menderanya sejak kami berkahwin 10 tahun lalu,” kata bapa tiri kepada Metro.

Menurutnya, dia berkahwin dengan ibu Muhammad Firdaus dikenali sebagai Lola, 40, pada 2004 selepas mengenalinya dalam tempoh setahun dengan menjadikannya isteri kedua. 

Ini lagi kata-kata dari Abdullah:

“Sebelum berkahwin, Lola memberitahu saya, dia mempunyai seorang anak yang juga orang kelainan upaya. 

“Dia sentiasa berkongsi masalah dan menceritakan penderitaan serta kesusahan dialaminya.

“Sejak berkahwin, saya akui jarang pulang ke rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, kerana saya merahsiakan perkahwinan itu daripada isteri pertama.

“Saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dengan memberikan Lola wang setiap bulan untuk perbelanjaannya dan anak termasuk Muhammad Firdaus,” 
Perkahwinan ini merupakan rahsia Abdullah daripada isteri pertamanya. Abdullah juga yakin Lola tidak mederanya.

Sumber hotlips-yuya

Pstt: Suami dah bagi duit belanja termasuk Muhammad Firdaus, mana pergi duit tu??? Sampai beli baju pun tak mampu, belum bab makan minum? Aishhh....

Giliran Bapa Tiri Firdaus Pula Buka Mulut Giliran Bapa Tiri Firdaus Pula Buka Mulut Reviewed by Unknown on Wednesday, June 25, 2014 Rating: 5

No comments